Aug 22, 2013

Selamat Kembali!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terus tiba tiba rasa nak karaoke lagu Salam Sejahtera. Ceh, bajet suara merdu lah!
Anyway, selamat kembali kepada diriku kepada blog yang last updatenya setahun lalu.
Hahaha. Jangan marah. Sebab tuan belog ni memang semangat tahi ayam je nak update blog.
Disebabkan hari ni mood swing, rasa nak marah orang semua ada, jadi marilah luahkan kat blog yang memang takde orang baca pun. Balik balik nanti aku jelah baca balik sambil gelakkan diri sendiri.

Cerita terkini takde. Sebab semua sama je sejak berapa tahun lepas.
Masih lagi single Bila nak kawin pun aku tak tau jawapan.
Semua dah bising. Stress mak nak.
Ok abaikan je lah kan.

Sekarang rasa stress dengan hidup sendiri. Rasa bosan. Bosan loser gila.
Kerja hari hari stress.
Bila stress kita makan. Bila makan pipi kita tembun.
Seriously. Baru dua hari lepas ambil gambar pasport baru sebab ada nak pakai untuk tujuan kerja.
Mak aih. Bila tengok gambar tu terkejut gila!
Ni aku ke siapa, muka dah macam pinggan.
Tak caya? Meh nak bagi bukti.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kan? Dah cakap. Tak caya sangat. Pipi tu, aku tak paham apsal tembun macam tu? Aku sorok telur dalam pipi ke apa?? *facepalm*
Disebabkan kecewa dengan kegemukan diri sendiri, keluar je dari kedai gambar tu terus pegi beli pisang goreng. Wakakaka. Kisah pulak kan gemok.
Takpelah, redha je lah. Macam takde harapan nak kurus pun.
Hahahaha.

Rasanya itu dulu yang aku mampu tulis buat masa ni.
Sebab dah mengantuk.
Esok kerja.
Arghhhh stress.

Bye! Take care.

XOXO


1 comment:

Nurriswin Jumadi said...

salam. sy adalah pengedar shaklee yg sah ID 996264. jom lawati blog saya utk info lanjut. http://ummiadamlove.blogspot.com/