Oct 12, 2011

Tuan Tanah

Saja nak tempek muka tuan punya belog. Hahaha. Gedik kan. Muka sememeh, ada hati bajet retis. Jangan marah okey.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom

Oct 11, 2011

Luahan Rasa

Manusia ni ada saja yang tak sempurna tentang orang lain di mata dia kan? Dia mata dia, di hati dia hanya dialah satu satunya orang yang betul dan sempurna. Apa yang orang lain buat semua salah. Memang susah.

Situasi 1:

N: Awak sorang je lagi dalam ramai ramai kawan awak zaman sekolah rendah dulu belum kahwin. Bila nak kahwin?

Persoalan kat sini, siapa kita nak tentukan siapa yang kawin dulu atau lambat? Siapa kita nak bagitahu bahawa kita akan kawin giliran kelima dalam budak kelas sekolah rendah. Hello, tolong lah bawak berpikir sikit. Agak agak kau lah, orang tu suka ke kau tanya pasal kenapa dia tak kahwin lagi. Lebih lebih kalau dia perempuan.

Situasi 2 :

J : Bila nak ada anak ni, kahwin dah 2 tahun.
Bila nak tambah anak lagi? Anak kau yang tu dah besar dah.

Ya Rabbi. Biarlah dia nak planning ke apa. Ntah ntah la dia ada masalah kewangan. Nak bagi stabil dulu ke hape. Kau sibuk apa hal? Kalau dia susah nanti kau tolong? Ke kau biar, lantak dia la nak tertunggang terlingkup sekali? Jangan lah sibuk tanya soalah yang tuan punya badan pun susah nak jawab. Mungkin soalan tu sensitif buat dia. Peka la sikit. Jangan pekak, buta tuli.

Banyak lagi situasi sebenarnya. Susah nak memuaskan hati setiap orang. Sebab mereka susah nak puas hati. Ada je yang tak kena. Yang peliknya, hal sendiri takde lah sempurna mana. Tapi, sibuk lah nak ambik tahu hal tepi kain orang lain. Kalau boleh siap nak selak kain orang tu kan?

Tak ada pun niat nak tuju buat sesiapa. Tapi, kita ni sesama manusia, sama sama la mengingati, tak ada manusia yang sempurna. Dan ada masa, perjalanan hidup tu tak seperti yang dijangka. Sebab kita tak tahu apa yang Allah atur untuk kita. Cuma kita mampu doa yang terbaik untuk kita.

Cukup cukup lah tanya bila aku nak kahwin. Aku nak, cuma mungkin jodoh belum sampai. Allah mengetahui segalanya. Sementara masih single, biarlah aku nikmati keindahan hidup ini sebaiknya.

Chill :)






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom

Testing

Adakah kehandalan bakal terbukti? Ahahaha. Baru nak belajar post pakai blekberi. Orang lain dah berkurun pandai hokeyyyy..

Ingatan tulus ikhlas,
Cik Dada
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.