Dec 26, 2008

kesian..

harap maaf...

tidak dapat berblogging sekarang...

laptop ku rosak...

huhuhu...

doakan aku cepat dapat yang baru...

Dec 9, 2008

Raya di perantauan

dah agak lama merantau.tapi inilah kali pertama dihari raya aidil adha ni aku beraya diperantauan.nasib baik raya haji....kalo raye pose menangis tak berlagu rasanya.
memang tak terasa sangat la raya.sebab dah tghari pun asyik berbungkus salam selimut lagi.bagus kan?hehehe...
bukan taknak balik.firstly memang nak balik,tapi bila my mum call..dialog dia macam ni.
"tak balik pon takpe.sehari je raya..lagipon kite tak buat korban tahun ni"..yes!lagi la malas nak balik..dah la tambang bas mahal gile skrg.tu yang buat berfikir dua tiga kali nak balik.
alih2 bila dah sume balik,sedih la pulak..kosong hostel..sume orang balik.tinggal aku berdua (dengan kawan). siyesly memang tak terasa sangat.sbb kami asyik buat benda lain.
tapi sangat sedih bila time nak makan.ye la kedai sume tak bukak.aduhai.sangat sedih.tapi syok gak.nak tau ape menu untuk raya kali ni?hiiii...




yeay..lemang dan tuna u...hahaha..cam kelaka ok.orang lain makan lemang ngan rendang..tapi kitorang ngan tuna pon layan...tapi boleh la dari lapar kan?ni la menu untuk raya di hostel kali ni.memang agak menyedihkan bila orang lain call cakap makan nasi dagang(even saya tak suke nasi dagang).
tak tau la akan jadi lagi tak peristiwa tak balik raya ni..ni kali pertama.semoga kali terakhir.hahaha..
watever pon,minggu ni dah balik rumah la.geng2 dah sibuk tnya bila nak balik..terutamanya Cik Kmar
asyik sms tnya.."bile nak balik..nak kuar ni.."..hahaha..takpe2 geng..aku tau korang rindu aku..mesti tak syiok kan aku takde..sabar ye..nantikan kepulanganku..ecece..
k la..i gotta go..
nak tido dah.kepala agak pusing.ni mesti angkara BANYAK tido..=)
kan?

Dec 1, 2008

yahuu...

dah lepas azab...

dah habis present...

dah takkan belajar lagi...

dah sangat happy...

dah sangat seronok....

hiiiiiiiiiiiiiiii.....

Nov 29, 2008

ESOK

esok aku present fyp..

haih...

sangat cuak..

siapakah orang yang akan examine aku..

takut...

sungguh...

macam tak pernah present...

everybody..

just wish me luck...

please...................................

+cuak+

Nov 25, 2008

Di tagged dan meng'tagged'

1.Name one person who made you laugh last night?

My LOVER~and FRENS~they are important in my life.
Align Center
2. What were you doing at 0800?

Masih tido~bersulam mimpi indah..hehehe..buruk perangai kan?

3. What were you doing 30 minutes ago?

Makan tengahari

4. What happened to you in 2006?


Nothing special...study..exam

5. What was the last thing you said out loud?

eeeiiiiii..meyampahnye..tak faham bahasa ke?

6. How many beverages did you have today?


Air suam sudey~


7. What color is your hairbrush?

hairbrush yang sgt classic..kaler oren tu..mesti sume orang tau.


8.What was the last thing you paid for?

Lunch td kot =) RM3 saja..

9. Where were you last night?


kat bilik..ngadap laptop..

10. What color is your front door?

cream kot...ntah..tak brape pasti..

11. Where do you keep your change?

bekas ayaman yang dapat dr tempat orang kawin..supposed bekas tu utk isi telur rasanya..
hehehe...takpe.multipurpose~

12. What's the weather like today?


Bright and shiny~

13. What's the best ice-cream flavor?


vanilla for sure..

14. What excites you?

depends..tak tau la nak cakap camane


15. Do you want to cut your hair?

For dis moment..nope!

16. Are you over the age of 25?

eh..tak la..saya muda lagi..baru 15 taun..hahahaha


17. Do you talk a lot?

Yes..i do..sila baca ini...

18. Do you watch the O.C.?

yes..i laik~!

19. Do you know anyone named Steven?

ade jugak..tapi tak ingat sgt siapa dia...

20. Do you make up your own words?

ade...biarlah rahsia...=)

21. Are you a jealous person?


quite tru,tapi im changed now...because it does not give me any profit at all!!

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.

Afiza..hahaha..the truth is nama dia NUR YAZMI AFIZA..


23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.

Yes..Khairul Azhar (*_*)

24. Who's the first person on your received call list?

Dear~

25. What does the last text message you received say?


Yang..tgh buat apa?dah makan lom?

26. Do you chew on your straw?

no...


27. Do you have curly hair?


no...rambut ai stret poward..takde belok2 dah..hahaha

28. Where's the next place you're going to?

ku masih disini..dan terus disini..ececece..


29. Who's the rudest person in your life?


Ramai..but just let it be...

30. What was the last thing you ate?


Nasi lauk ayam masak merah ngan sayur bayam..

31. Will you get married in the future?

MARRIED? Insyaallah..tu impian sume orang..

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?


dah lama tak tgk movie..asyik tak sempat je nak kuar..huhuhu...

33. Is there anyone you like right now?


ramai...saya suka family saya..saya suka kawan kawan saya..saya juga suka chenta saya~

34. When was the last time you did the dishes?

Baru kejap td..15 min yang lalu kot..

35. Are you currently depressed?


agak la...

36. Did you cry today?

no..hopefully no..


37. Why did you answer and post this?

Ienaz has tagged me..i have to..:)

38.Luckky person to tag

+ CIK KMAR +

+ CIK NAD +

+ CIK NABIEL +

+ CIK TYHA +

+ CIK AZIE +

+ CIK APAD +

Nov 24, 2008

Mau mati sebelum waktu?

banyak sangat cerita tentang bunuh diri sekarang ni. Aduhai,yang tak best nya pada waktu yang dekat2 pulak tu ceritanya berlaku di tempat kelahiran gue..mana lagi.Terengganu la.
agak tak best cerita ini didengar.cam orang takde pedoman pun ye.mungkin korang sendiri pun tahu kan cerita2 ni.

yang first, kes remaja perempuan yang panjat atas bumbung hotel.kalo tak silap hotel tu Hotel Yen Tin Midtown.ugut nak terjun gara2 berebut boipren.halamak.tak best siot.buat ape kita nak terjun,pastu mati katak sebab seorang lelaki2 atau lagi best kita panggil jantan yang tak besh tu?dari terjun baik kita gi cari boipren lain.kan?
ada yang setuju tak?tapi biasa la,cinta kadang2 buat orang buta hati.tak kisah apa juga halangan yang pasti kita nak cinta tu milik kita.tapi siyes dowh.agak bodoh la kalo nak terjun bangunan tinggi sebab boipren tak guna.baik la kita terjun kolam renang ke.best skit.kurang2 leh buat kuak lentang..hehehe

kes kedua, seorang surirumah,umur 40an panjat bangunan yang tak siap.juga ugut mau terjun akibat dengar gosip hubby nya kawin lagi.aduyai,lagi parah.masa kes ni berlaku, aku dan keluarga dalam perjalanan,rombongan actually.ke Sekayu untuk meminang seorang gadis(kini tunangan) my kazen. Masa tu daddy i rajin la pulak nak dengar Terengganu.Fm. Masa tu la kami dengar yang ada sorang pemanggil cakap ada kes tu kat simpang sekayu, Kuala Berang.Mula tu kitorang gelak2.cam tak sangka.dah umor 40 pun nak lagi buat perkara macam tu. Siap bergurau, yeay..kita akan berada ditempat kejadian.hehehe..Mungkin dia dapat idea dari kes yang pertama ni kot.Ni gambar orang tu,aku dapat dari harian metro sebab hari tu tak sempat nak snap.ramai sangat orang yang nak tengok drama sebabak tu.




Anyway, dia kat atas bumbung bangunan tu sejak pukul 10 pagi.dan diketika kami disana,jam 3.10ptg dia masih diatas..gila ah.tak lapar ke ek?

hmm...ni la dunia sekarang.nasib baik la dia sempat disambut selepas tergelincir.aku pun tak tau la nak cakap camane lagi.tapi harap2 tak berlaku lagi la.kejadian macam ni mencerminkan diri kita sebenarnya sama ada kuat tak menghadapi cabaran.kan?mati sebelum waktu,belum tentu kita bahagia di 'sana'.dan belum tentu kita dapat syurga.

btw,pesanan untuk makcik ni,lain kali kalo nak terjun tu,pakai la baju dulu..buat malu je.masuk tv tau makcik.lain kali kalo nak glamer,pakai la elok2..
hiiiii..jahatnya saya..=)

Nov 20, 2008

Think Before You Read~

this is really gonna make u sick people..

please..

please..

please..

please rethink before read further..!

please do..hehe






he is EVERYTHING

he is EVERYWHERE

he is MY HAPPINESS

he is MY LOVE

he is MINE!!!!

yeay!masalah berjaya diselesaikan..
yippieee~


+saya yang bahagia diketika ini+

Nov 19, 2008

Masihkah ada

kutahu, kau selingkuh
kau duakan cintaku yang tulus
kau tahu, diriku
tak pernah berpaling dari dirimu
tega nya kau dustai semua
janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o...

tak pernah ku bayangkan
cerita kita berakhir begini
tega nya kau dustai semua
janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu

masih kah ada,
cinta dihati ini
dihati kecilku berharap kau masih bagian dari hidupku...

Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..


___________________________________________________________________


lagu ni dari Afgan yang hensem tu(hensem ke)?
dunno why, keep on listening to dis..repeat byk2 kali sampai rasa nak muntah baru berenti.
tak la..sebenarnya la..agak2 la..rasa2nya macam ada orang yang
selingkuh
dengan aku kot..kot la ok..
tak kata pun betul.sixth sense aku ni ok gak kadang2..boleh percaya la..
tapi tanak la tuduh..tak baik...
takpe la,apa yang pasti sekarang aku serahkan pada jodoh..
kalo ade, ade la.
kalo takde usaha la sampai Shanghai pon takde gak kan..
btw,kenapa Shanghai lak?
=)

mesti korang pelik kan..
tahu ada orang selingkuh..tapi aku cam tak kisah..
siyes, sape tak kisah,sape yang tak sayang.
dah lama kot aku dengan dia.cuma lately kitorang cam lain skit.
i thought he will understand me.
aku bizi siket je,bukan ada orang lain pon..
siyes,memang aku takde yang lain.
dan aku jugak tak tuduh dia ada orang lain.tak tuduh ok~

rasa saje..tu pon ignore jugak r 50% perasaan tu.
watever it is, i hope i can get the answer soon.
tanak r camni.tak baik pikir yang bukan2.
tapi aku takut la nak tanya.
buatnya betul karang aku gak yang sakit jiwa.
camane ye.
perlukah aku tanya?
korang rasa camane?
(sigh).......................

+saya yang kebingungan+

Nov 16, 2008

Penyebaran puisi indah~

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita berciuman ?
Hal hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat

Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan
dan ada orang orang yang tidak ingin kita tinggalkan
Tapi ingatlah, melepaskan bukan berarti akhir dari dunia
melainkan awal dari kehidupan yang baru

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis
Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah tersakiti
Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah mencari dan telah mencoba

Karena merekalah yang bisa menghargai
Betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka

Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli
terhadapnya
Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya
dengan setia
Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih
bisa tersenyum
sambil berkata , " Aku turut berbahagia untukmu "

Apabila cintamu tidak berhasil, bebaskanlah dirimu
Biarkanlah hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam
bebas lagi
Ingatlah, kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya..
Tetapi saat cinta itu dimatikan, kamu tidak perlu mati bersamanya..

Orang yang terkuat bukanlah orang yang selalu menang dalam segala hal
Tetapi mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh
Entah bagaimana, dalam perjalanan kehidupanmu,
Kamu akan belajar tentang dirimu sendiri dan suatu saat kamu akan
menyadari
Bahwa penyesalan tidak seharusnya ada di dalam hidupmu
Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan pilihan kehidupan yang telah
kau buat
Yang seharusnya ada di dalam hidupmu

Sahabat sejati akan mengerti ketika kamu berkata, "Aku lupa "
Sahabat sejati akan tetap setia menunggu ketika kamu berkata,
"Tunggu sebentar "
Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal, terikat kepadamu
ketika kamu berkata, "Tinggalkan aku sendiri "

Saat kamu berkata untuk meninggalkannya,
Mungkin dia akan pergi meninggalkanmu sesaat,
Memberimu waktu untuk menenangkan dirimu sendiri,
Tetapi pada saat saat itu, hatinya tidak akan pernah meninggalkanmu
Dan sewaktu dia jauh darimu, dia akan selalu mendoakanmu dengan air
mata.

Lebih berbahaya mencucurkan air mata di dalam hati
daripada air mata yang keluar dari mata kita
Air mata yang keluar dari mata kita dapat dihapus,
Sementara air mata yang tersembunyi,
Akan menggoreskan luka di dalam hatimu
yang bekasnya tidak akan pernah hilang

Walaupun dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang,
Tetapi ketika cinta itu tulus…
meskipun mungkin kelihatannya kamu kalah,
Tetapi sebenarnya kamu menang karena kamu dapat berbahagia
sewaktu kamu dapat mencintai seseorang
Lebih dari kamu mencintai diri kamu sendiri…

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang
Bukan karena orang itu berhenti mencintai kita
Atau karena ia tidak mempedulikan kita
Melainkan saat kita menyadari bahwa orang itu
Akan lebih berbahagia apabila kita melepasnya
Tetapi apabila kamu benar benar mencintai seseorang,
Jangan dengan mudah kita melepaskannya
Berjuanglah demi cintamu… Fight for your dream !
Itulah cinta yang sejati..
Bukannya seperti prinsip ” Easy come.. Easy go… ”

Lebih baik menunggu orang yang benar benar kamu inginkan
Daripada berjalan bersama orang ” yang tersedia ”
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai
Daripada orang yang berada di ” sekelilingmu ”

Lebih baik menunggu orang yang tepat
Karena hidup ini terlalu berharga dan terlalu singkat
Untuk dibuang dengan hanya ” seseorang ”
Atau untuk dibuang dengan orang yang tidak tepat

Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling
menyakiti hatimu
Dan kadang kala teman yang membawamu di dalam pelukannya
Dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari

Ucapan yang keluar dari mulut seseorang
Dapat membangun orang lain, tetapi dapat juga menjatuhkannya
Bila bukan diucapkan pada orang, waktu, dan tempat yang benar
Ini jelas bukan sesuatu yang bijaksana

Ucapan yang keluar dari mulut seseorang
Dapat berupa kebenaran ataupun kebohongan untuk menutupi isi hati
Kita dapat mengatakan apa saja dengan mulut kita
Tetapi isi hati kita yang sebenarnya tidak akan dapat dipungkiri

Apabila kamu hendak mengatakan sesuatu..
Tataplah matamu di cermin dan lihatlah kepada matamu
Dari situ akan terpancar seluruh isi hatimu
Dan kebenaran akan dapat dilihat dari sana

Nov 13, 2008

Aku Suka...Aku Tak Suka

Oleh kerana hari ni sangat lah boring,aku nak menyenaraikan apa yang aku suka dan aku tak suka pada diri sendiri.Boleh tak?Mesti la boleh sebab aku tak memuja dan mengutuk diri orang lain..Diri sendiri pun salah ke?=)

Perkara
2 yang aku suka pasal diri aku:

1) Sense of Humor
Chewah..biar la orang nak cakap aku perasan ke hape ke,tapi aku tahu aku mempunyai sense of humor yang agak tinggi.Tapi tak tau la kalau masuk raja lawak menang ke tak.Mungkin tak, sebab Nabil ada Kak Jah..aku takde..Tapi, korang harus admit bahawa aku memang boleh buat orang gelak.Biarpun its just a sentence..

2) Baik Hati
Yee..saya seorang yang baik hati.Aku tak sampai hati nak balas balik ape yang orang buat kat aku.Mula2 orang buat,berkobar-kobar jugak la perasaan nak membalas..Tapi mesti tak jadi sebab bila setat nak buat mesti hati aku berkata,biar lah dia..Tak baik...huhuhu..Baik tak aku?
Boleh la kan..(+_+)

3) Penyayang
Aku ni cepat sayang orang.Even baru kenal, mesti sayang nak lepaskan orang tu,lebih2 lagi kalau dia agak ok,tak banyak kerenah.Its hard to let u go..Kalau yang kenal aku mesti tahu aku ni tak suka kucing, actually aku tak suka binatang yang berbulu;Kucing, Hamster, Arnab dan yang sewaktu dengannya..Pantang betul. Kalau anak kucing lagilah,mau aku menjerit sekampung dengar kalau ada yang saje2 nak usik aku. nak dijadikan cerita, masa aku duk umah sewa baru ni, ada la housemate aku yang Pencinta Kucing.Siap bela kucing kat rumah tu.Memang aku agak menyampah sebab geli..Tapi disebabkan perangai penyayang aku ni, (ayat tak bley bla kan?), aku pulak yang caring terlebih. Bila aku kat hostel, aku akan call tanya; "Dayah, Pojan(nama kucing tersebut yang aku beri) dah makan ke hari ni?" hahaha...aku pulak rasa kelakar.camane ye,tak suka kucing tapi boleh tanya kucing dah makan ke belum?
;P

4) Peramah
Siyes,yang ni tak tipu.Aku memang peramah.Even cousin2 aku pun cakap, dalam adik beradik aku je la yang banyak cakap dan boleh di bawak beramah tamah..hehehe..tak tau la kenapa.Aku boleh bercakap dengan sesiape je.Cuma mungkin baru kenal malu malu taik kucing la skit.Tapi kejap je aku dah boleh ok.Tapi kadang2 aku penat gak, sampai terpikir bila mulut aku nak berhenti bercakap? Cuma kalau kadang2 aku tak banyak cakap tu maknanya aku ada benda yang mengganggu fikiran..=)

Ok.cukup masuk bakul angkat sendiri ye..Sekarang kita ke isu seterusnya apa yang aku tak suka tentang diri aku.

1) Cerewet
Tak la semua benda aku cerewet, tapi terlebih mengada sebenarnya. Aku ni pantang kalau ada orang komplen.Mula la emo. Contohnya, aku sedang bersiap untuk ke kelas. Bila dah siap,complete bertudung..Let say ada orang yang tegur, "eh,ko nampak cam pelik r ngan baju tu". Siyes aku akan tukar baju disaat tu jugak. Not even baju, kadang2 handbag pun jadi hal. Susah sebenarnya. Kawan2 yang dah tau penyakit aku, akan hanya bersetuju dengan aku kalau aku mintak opinion sebab mungkin diorang tak sanggup nak tunggu aku bersiap lagi..hahaha..

2) Terlebih Pikir
Kadang2 benda kecik je,tapi aku pikir sampai jauh ke kutub utara. Mula la nak menyusahkan diri, pikir benda yang boleh buat emosi terganggu. Aku pun tak tahu la kenapa.Bukan tak cuba berubah.Tapi dah sebati dalam diri kot. Ramai gak yang perasan dan komplen, cukup lah tu menyusahkan diri. Tapi aku ni memang tak gheti bhasa kot. Ok kejap, pastu buat balik. Kadang
2 benda tak logik pun aku nak pikir..hiss..susah..kan?

3) OVER Sensitive
Yes!aku memang over react.Tengah borak2 dengan mak pun tiba2 bergenang air mata. Tak paham sungguh aku. Kalau benda yang betul2 buat aku terasa lagi la.Boleh meraung raung dibuatnya. Manja sungguh.Pelik tapi benar.

4) Tabiat tidur yang kurang ok
Hehehe..ini memang tak boleh nak ubah dah rasanya. I need a lot lots of pillow to make me sleep. Sekarang ni aku tidur dengan 3 bantal, 2 bantal peluk, 1 patrick, 2 bantal kecik dan 1 bear.
Wahh..bnyk kan? Memang penuh katil aku. Kalau takde memang payah gile nak tido. Memang wajib, kena ada bantal untuk tutup muka, bantal untuk letak kaki, bantal kat kiri dan kanan. Dan aku juga takkan boleh tidur kalau tak berselimut. Even siang hari yang panas gila pun aku mesti berselimut. Kalau tak memang tak boleh. Aku tak tau la bila dah kahwin nanti mane nak letak laki aku..dah tak muat katil..sorry sayang =)

5) Boros
Saya agak boros.Memang kurang arif untuk menyimpan dan menabung. Yang aku reti simpan duit syiling je. Mak aku pun cakap aku ni boros. Kalau pergi mana2 mesti ada je barang yang dibeli. Pastu balik menyesal sebab benda tu tak penting pun. Tapi sekarang ni rasa macam dah kurang sikit. Tapi,aku rasa sekarang aku ada penyakit baru.Online shopping..;)

Well,banyak sebenarnya kekurangan diri.Yang perlu dibaiki.Apa pun, terimalah aku seadanya..Ececece...Btw, ada sesiapa ada cara utuk mengubah ape yang aku tak suka pasal diri aku?




Nov 12, 2008

i've been tagged!!

1.What are you wearing?
baju tido..i'm gud in kupu2 =)

2. What did you do last night?
nonton citer korea..siapkan lab report..pastu tido..

3. Favorite Memory with significant other?
everything is memory..lain case..lain la feveretnye..

4. Last gift received?
Handbag~DKNY Be Delicious Purfume~Sport shoes~ Wallet..
p/s:syg..bila nak bg lagi?? =)


5. Describe the last picture you were in?
erm.gamba gedix..
cam yang kat bawah ni..hehehe...



6. Last thing you ate?
lunch..nasi putih lauk ikan keli masak merah...


7. Last thing you drank?
air kosong..its gud rite?


8. What kind of underwear are you wearing?
eeiii..joyahnye..sibuk nak tau pehal??malu la sy~(*_*)


9. What was your best vacation?
sume vacation best..ada makna tersendiri

10. What are you most looking forward to in the next vacation?
happiness..nak g honeymoon r..boleh? =)


11. What is happening around you?
ketensenan yang melanda sume org..haha..thesis!thesis!!
relax la beb~

12. What is your shoe size?
absolutely 6!


13. Last event you dressed up for?
masa g detim kot =0

14. What is the most cheap thing you bought?
compact powder silky girl..last sunday beli,kat watson..huhuhu

15. What is the most expensive thing you have on right now?
laptop kott...


16. What is your favorite smell?
aroma nescafe o tarik...best gile..fuhh!


17. Is there something you really want to buy right now?
nak..nak honda jazz kaler pink,bley?pastu nak laptop lenovo kaler orange...
ade sesape nk belanja?


18. What are your nicknames?
cik dada..the one dat i like most..ieda,and sha..combine sume jadi nma aku balik...
cik shahida..=)

19. What are your plans for today?
tido..nonton..makan..buat keje skit..baca novel..pastu tido..
amacam menarik x?

20. Describe your friendster picture.
gamba gedix2..hahaha

Describe your myspace picture.
xde r myspace...


22. Describe your facebook picture.
sama ngan gamba kat belog ni..


23. What did you do last weekend?
berjimba la..ape lg~


24. Favorite brand of clothes?
tak kisah..janji shantek~

tagged ini di pas untuk cik kmar and cik nad..

Nov 7, 2008

kos0ng

ye..sudah lama tak update..lepas lama mengemo kan diri,aku menghilang..ecece..
terasa macam nak menulis malam ni.tapi tatau nak tulis ape.teruk kan?

final exam aku dah habis dengan jayanya..
hahaha..jaye la sgt.ada satu paper yang tak pernah ku jangka akan lingkup,satu hape pun takleh jawab..sudahnya aku tunjuk la bakat artistik aku kat kertas kawapan tu..lukis lawa2..siap kaler lagi..
hehehe..mane la tau kot2 lecturer tu terasa berkenan dengan lukisan aku..pastu bg aku A..(dalam mimpi la tu)..
hehehe....ntah la,taktau nak cakap..rasanya ramai,most of the class la tak dapat jawab.berserah je la kan...

sekarang ni,aku sgt rajin untuk membaca blog2 sesiapa sahaja..hehehe.dasat tuh.kira cam pembuktian yang aku gile rajin membaca kan..hehehe...tapi malangnya susah la skit nak membuktikan aku rajin membaca untuk menambah ilmu..tapi ok la kan,baca jugak..
=)

sekejap ye,nak mencari idea mau berceloteh pasal ape..
(*_~)

Nov 2, 2008

ada aku kisah?

sangat tidak stabil.tidak tahu kenapa.asyik nak marah orang.emo yang tersangat lah emo.rasa nak cepuk diri sendiri..
esok hari pertama final.mau studi.tp terganggu jiwa.mungkin aku perlu berangkat untuk tido sekarang.
terkejip2 mata.tidur taknak.tengok buku pun taknak.jadi perlu buat apa ya?aku rasa la kan,semenjak aku pindah masuk hostel,emosi sangat kurang stabil..
feng shui tak betul kot bilik ni.agaknya la kan?
tapi ada aku kisah ke selama ni tentang feng shui?
yang sebenarnya nak marah pasal lain =)

aku harap ini entri terakhir yang berbaur emosi..
kurangkan la cik shahida..
menyampah tau~!
tapi ade aku kisah?blog aku..suke hati r..
hehehe...
sowie..
sgt perlu untuk blog off..bye!

Oct 31, 2008

Orang yang terganggu emosinya~

Aku mengalami sedikit tekanan emosi..semalam..sekarang dan hari ini.
ya..ada beberapa sebab sebenarnya kenapa aku mengalami tekanan emosi..

pertama..
final exam.aku sgt la dan teramat tensen final exam kali ni..
tak tau nak skor subjek mana..bimbang kantoi pun ada.maklumlah ni last sem before pergi praktikal.kalau kantaoi..extend la jawabnye..Ya Allah,jauhkan lah..
sebenarnya subjek sem ni agak berat..aku pelik gak..kenapa la mesti masukkan subjek masters dalam kos degree ni..diorang ingat kepala otak aku ni power sangat ke? Adus...cuak r bila pikir balik..kalo result tak ok..nampaknye nanti perlu kerja dulu,baru dapat sambung masters..tua la aku jawabnye.

kedua,
aku tensen pasal cinta..
hahaha~=)
kenapa ya?hmm..boleh tak kalo menipu dalam cinta?
mesti la tak boleh kan?Ia melibatkan hati dan perasaan..betul x?
Sebenarnya,bila tahap sekarang..rasa taknak bercinta pun ada..boleh tak?
kadang2 rasa cam takde feeling r...
hmm....susah la nak cakap...
:(

ketiga..
aku tensen pasal selalu tak cukup tido sekarang..for the last 2 weeks kot..waktu tdo aku mesti kul 4.30pg keatas..aduhai..aku ni dah la kuat tido..
so bila tak cukup tido, jadi macam mati laki la jawabnye...muke pon seposen je..memang serius takde mood r kalo tak cukup tido ni...sekarang ni pon..rasa macam nak tido..ngantuk sgt..
tp nak habiskan blog ni dulu..
hehehe....

keempat..
ketiadaan waktu untuk berfoya foya...
hehehe~
gile ah..ada hati tu nak berfoya2..
siyes..i need that..kalo tak tambah tensen r..
terkurung je...esok yang sepatut cuti pon ade kelas..
ape la lecturer aku ni..
awal2 tanak buat kelas..
sekarang,esok lusa dah nak final..sibuk la dia nak buat kelas...
harap2 aku bangun untuk ke kelas esok..
pas kelas...aku nak g berjimba..tak kira r..
release before exam..hehehe....

hmm...
tu la yang menyebabkan aku mengalami gangguan emosi berlebihan..
tapi betul ke sindrom tu??
cam aku yang melebih emosi..ye dok?
:)

chow..mau tido sejenak...

Oct 30, 2008

What will u do?

just a question..
what will u do..
when u feel so tired,depressed and sad?
feel like the world empty, long journey but u are alone..
what will u do?

Oct 29, 2008

Kenapa Saya Sgt Penat?

30 october,2008
4.26 pagi..

aku penat gile..
thesis kena submit besok..tapi sgt penat..tak mampu berfikir untuk menyiapkannya...
sekarang mau tido...semoga esok bangun awal...dan menyiapkannya.hmm..ada sesiapa mau tolong?
selamat malam semua..
chow~!

Kenapa?

Persoalan itu perkara biasa dalam kehidupan.
Kenapa kita mesti mempersoalkan setiap apa yang berlaku dalam hidup? Dan kenapa kita perlu menuding jari terhadap org lain bila kita sebenarnya yang lebih bersalah?
Entri aku kali ni bukan untuk menuding jari terhadap orang lain...Cuma lebih kepada mempersoalkan kenapa mesti orang di sekeliling aku(kalian juga mungkin) perlu bersikap penting diri dan menyalahkan orang lain.
Petang tadi,aku mengalami insiden yang paling aku tak suka.Bukankah apa yang kita dapat adalah dari apa yang kita beri??What you give you get back,right?Jadi, salah siapakah kiranya anda tak perform in ur studies? Gila ape nak salahkan orang lain?Tolong la pikir balik..Sebab kadang2 itu slah diri sendiri...
Tahap kebengangan aku memang melampau2 kalau aku tak salah tapi orang nak slahkan jugak..
Eiii..seriuosly bengang...wtf!

Ko tak payah nak emo,sebab aku tak salah kalo markah ko rendah.Bukan aku yang jawabkan untuk ko.Bukan aku jugak yang siapkan assignment ko..Ko sendiri yang buat..jadi, bawak2 la bertenang...Pikirkan dengan seelok2nya, siapa salah...dimana salahnya dan cari jalan untuk baiki..pls..
erks, tapi salah siapa ya kalo aku tak bangun gi kelas kul 9.00 pagi tadi?
Salah aku ke salah alarm aku?

Lagi satu benda yang selalu buat aku bengan lately..Ok, for ur info, aku memang pantang kalo time aku tido ade yang nak mengacau.Aku tau r ko tak mengantuk time aku tido, tapi boleh tak hormat sket at least? Aku dah la senior ko..(ecece,gile poyo kan). lately, tido aku memang selalu terganggu..bukan selalu sebenarnya..setaip kali aku tido kot..Minah ni sorang,memang anak tekak dia terkeluar agaknya..kalo bercakap, memang macam nak satu dunia dengar.Tak kira la time tu orang tengah study ke, tido ke hape ke..Tu la yang buat aku bengang sangat!
kadang2 ada jugak r aku tunjuk rasa protes,bila dia bising time aku tido, aku bangun, keluar bilik dan hempas pintu kuat2..tak pon tunjuk je rasa marah tu kat atas katil je..
tapi dia ignore je..memang gile r tak berperasaan die ni..dia wat tak tau je..atau dia memang betol2 tak tau..aku tak pasti la pulak.
Kali ni aku rasa memang aku tak larat nak tahan..
Kalo dia buat lagi,memang serius aku nak tengking je..Boleh tak??

Kalo korang la kan..ape yang korang buat agaknye?

Oct 27, 2008

mari merepek!

Jam sekarang tepat 4.54 pagi..(mengikut jam laptop aku)..
hmm..masih ada lagikah insan yang juga belum tidur seperti aku??
jika ada..apakah yang sedang dilakukan?
adakah anda juga sedang belajar disaat akhir seperti saya??
hehehe..
inilah akibatnya kalu anda 'rajin' seperti saya...
di saat roomate sedang asyik mebuai mimpi indah dalam lenanya, aku masih termanggu,terhangguk2 kepala sambil melayan lagu,dengan harapan nota yang sedang ku baca cepat sampai ke penghujungnya.persoalannya sedang belajar kah aku?
sekarang..musim peperiksaan.dan aku membuat andaian ramai yang masih stay up bersengkang mata seperti aku untuk mentelaah..biarpun sangkaan itu sebenarnya hanyalah propaganda mahu menyedapkan hati sendiri supaya tidak takut untuk stay up,tapi aku suke..~!

Pada fikiranku juga,mungkin sudah tak berguna segala tips2 exam dikala ini.Yang mungkin boleh memberi impak besar kepada diri sekarang hanya mentaliti bahawa kita boleh.Ya..anda boleh Cik Dada!!! Mana mungkin sebenarnya untuk menghafal segala kandungan nota,termasuk nota kaki(footnotes) yang ada dalam kertas dihadapanku sekarang dalam masa yang singkat kan?Oh tidak!!
Okay..now jangan fikir yang bukan bukan...
Anda memang mampu =)

Teringat kenangan zaman lalu ketika di MRSM PC.
Aku adalah golongan yang malas pergi prep..hehehe..mostly of my clicks kot..
rite gurls?disebabkan malas untuk menghayun langkah ke kelas untuk prep,aku rela study dalam bilik bertemankan emergency lamp..ya,hendak seribu daya..
tapi bila fikir balik,haa tu la.Dulu malas sangat..sekarang habit malas tu dah terbawa-terbawa.
Semoga habit itu akan aku tinggalkan disini sebelum grad nanti..
hehehe...
Semoga aku rajin dialam pekerjaan nanti..
Semoga aku juga rajin bila melangkah ke alam rumahtangga nanti..
Tapi dah malas sekarang ni ada ke yang nak??
=)

Sekarang...berubahlah wahai Shahida..
Buatlah pilihan yang bijak..Anda mampu mengubahnya...

Dah..Pegi Belaja!!!

Aku diet? Dietkah aku?


gemuk!
ya..itu perkataan yang amat digeruni oleh perempuan..termasuk aku!!
lelaki juga barangkali..
dan semestinya bila ada taulan yang mengomen bahawa anda gemuk..
anda mula susah hati..kan??
mau diet la..
tanak makan la..
itu kata2 yang bakal kedengaran..
ya betul!!
hahaha....tau2 je..
sbb aku begitu jua~!

entri kali ni bukan untuk sesiapa..
tapi diri sendiri sebenarnya..
adus...berat semakin bertambah..
aku semakin 'sihat'..
ramai yang mula bersuara..aku makin 'sihat'
ya..sihat itu bagus...
namun bimbang juga,takut kalau2 penyakit lain yang menimpa...
Ya Allah..jauhkan lah...

aku harus mengakui aku bertambah tembam...
ya..gemuk..
tapi bila beriltizam mau diet..macam2 la dugaan...
dan tiba2 saat ini aku terbayang makanan yang best2..
yummy..
hahaha...

boleh tak nak kurus tanpa diet??
ada..caranya makan hati.. namun relakah kita??
anda kurus kerana ditinggalkan kekasih hati..
wahh..itu dah makan hati berulam jantung...
bukan setakat kurus rasanya..
tapi boleh kering kontang kalau terlalu mengikut perasaan...
tapi fakta ini memang tak mampu disangkal...

aku punya pengalaman...
seorang teman mula kurus..
bila masuk sem lalu..
semua orang menyedari...
dan akhirnya kami tahu...
dia dah break up rupanya setelah 6 tahun menyulam kasih..berjanji sehidup semati.. aduss...parah kan?? siapa tidak sedih...tapi siapa kita menolak ketentuanNya..


well..it out of our topic..DIET!!
kembali berfikir...
bolehkah kita diet bila weekend dijamu dengan fast food yang bertaburan saat keluar hang out bersama rakan2 taulan..
ya...Mc Donald,KFC,Pizza..dan macam2 lagi...
mungkin kita harus mengakui..anak2 muda sekarang lebih menjadikan pilihan restoran fast food sebagai priority bila keluar..kan??
mungkin sebab tu aku gemuk kot...
ececeh....(ayat penyedap hati tu)..

ya...iltizam baru...
saya mahu diet...
tak mau makan fast food lagi...
nasi harus dikurangkan kuantitinya...
banyakkan minum air..
dan bersenam juga... yaa......
wahh..propa nyer aku..

tapi..petang2 begini..
dikala tengah penat membuat report..
perut terasa lapar...
dah terbayang goreng pisang dan air batu campur..
ermm..malam ni mau makan tomyam...
boleh ke??


erks... tapi aku kan sedang diet??
bermula beberapa minit lalu??
(*_*)

Oct 25, 2008

bermula yang baru...


hi all...
hmm..saje bukak belog baru..
sebab belog lame cam shial...tak besh~!
ahaks...

ramai rakan taulan mengomplen aku dah lame tak update belog(yang lame dulu la)..
sebenarnye bukan tanak update..tapi cam badi malas tu terlekat ke kat belog tu..
so,untuk tak menghampakan harapan semua orang yang berminat untuk menghabiskan masa membaca belog aku ni..aku bukak la belog baru..
semoga belog ni mampu memberi badi rajin untuk aku yang malas ni...
hehehehe =)

so..hari ni 26hb october bersamaan hari ahad..cuti la ape lagi kan...
esok pun cuti..deepavali...
*wink~
asyik bercuti..tak ku tahu bilakan aku akan menyiapkan segala tugasan..
thesis kena full submit 30hb..
tapi ape pun aku tak buat lagi..
apelah aku nak mengarut 120 pages tu..
(sigh)...

actually,sekarang tengah pening jugak mau pilih tempat praktikal(LI)
aku dah dapat 4 offer..tapi cam pening r..
i've to make the desicion before 31 October..
well..kot2 la sape2 ade cadangan which place i shud go..
ok..here we go..

first place yang aku dapat kat Puchong..
nama tempat tu Malaysian Vaccines and Pharmaceutical Sdn Bhd..
aku pon tatau sgt tempat ni wat ape..
and tempat ni tak bg elaun..hehehe
aku tak kisah sgt..tp aku takut..sbb tempat ni tak pernah ada rekod amik dak UniKL praktikal kat situ...
i'm the first one kot..takut gak r aku memberi imej buruk nnt..ye la..aku ni kan 'rajin teramat'..
;)

ok..2nd place yang aku dapat kat Kepong..
nama tempatnye..Forest Research Institute Malaysia (FRIM)..
ala yang tempat Maya Karin kawen tu..
ecece..nak jugak kan..hahaha..
tempat ni pun tak ofer elaun..tapi basically aku dah dua kali pi sini..
sbb selalu buat lab kat sana..

3rd place yang aku dapat and tak disangka2...
Kotra Pharma..kat Cheng, Melaka...
tempat ni kira kilang besar r..
ala...yang product die Appeton tu..
macam r korang tatau kan..
mesti tau...
dis place offer me for RM200 monthly..
lepas r untuk sewa rumah kot...
tapi aku takut gak..sbb kilang besar..
hahaha...takdek self confidence langsung kan??

ok...the last place yang aku dapat adalah kat Banting..
Golden Hope Research, or known as Sime Darby skrg ni..
kalo nak kira tempat ni tak relate sgt ngan specialize aku..sbb aku specialize dalam pharmaceutical...
tapi boleh r sbb aku blaja gak r skit2 masa basic year r dulu...
tempat ni offer RM300 monthly...
tapi aku tatau mane ceruk ntah tempat ni..
buatnye celah utan simpan tak ke naya??
*)

hehehe..so gitulah citenye..yang buat aku pening skrg...
so..ade sesape nak bg idea??
boleh la bg aku sedikit input untuk menjanakan otak aku ni dalam buat keputusan..
hahahaha..wallaweh..
lame tak mengarang..dah lupe r...
kihkih...

hmm..ok la..
mau menyiapkan report aku yang sepatutnya dah disubmit..
hahaha..baru nak buat..
pemalas kan saya??
=)