Sep 24, 2010

Kawan Kawan Part 1

Dah lama entry ni berkepuk dalam draft. Meh aku sambung.

Semua orang ada kawan. Ada yang ada ramai kawan. Ada jugak yang ada tak ramai kawan. Aku rasa aku dalam golongan yang ramai kawan. Tapi, sekarang bila dah "tua"ni, semua dah bawak haluan masing- masing. Ada yang dah bertahun tak jumpa. Ada yang jarang jarang sekali jumpa. Bila duduk sorang sorang terkenang rasanya memori bersama diorang ni. Ok, jom kita berkenalan dengan kawan - kawan aku.Weeeee~

Sekolah Rendah

Aku sekolah rendah kat kampung je. Tapi seronok. Pegi sekolah naik beskal. Kawan baik aku, yang kira kamcing gila masa sekolah rendah ni nama dia Noor Sulihana Mohd Razali. Aku panggil dia Suli. Kitorang ni kira dulu time kecik2 ada minat yang sama la.. Suka melalak.. Memang lagu2 tahun 90an tu semua kitorang hafal la dulu. Siap ubah2 lagi. Hahaha..lepas habis time sekolah pun, kitorang selalu jugak sama sama. Tambah2 bila rumah dia selang dua buah rumah je dari rumah aku dulu. habis je darjah 6, kitorang bawak haluan masing masing sebab sekolah dah tak sama. Tapi jarang jarang sekali ada la jumpa. Sekarang ni dia pun dah kerja. Dah bertahun aku tak jumpa dia. Alih2 jumpa kat facebook. Memang la dunia sekarang ni. Tak payah pakai jejak kasih bagai. Facebook kan ada!




Ni la dia, kawan aku masa sekolah rendah dlu. Comey kan..Suli, jangan marah ye. Aku ambik gambar mu kat profile facebook :)


Sekolah Menengah

Bila sekolah menengah aku ada BESTies aku. Sampai sekarang pun kitorang in touch.Tapi biasa la, masing2 dah ada kehidupan masing. Kalau nak jumpa tu, mesti ada je yang tak cukup korum.

i) Nurul Akmar Ghani
Dia ni BESTies aku, merangkap cubemate kesayangan. hehehe,kesayangan sebab kami suka ponteng prep dan menyorok dalam cube, dibawah meja, dalam gelap. Sanggup tu duk dalam gelap. Memang gila kitorang ni dulu.Ponteng memang nombor 1. Kuat makan pun ye jugok. Tapi tu lah, yang kembangnya aku je. Mak cik still cute sampai sekarang. Tak up2. Hahaha..

ii) Syarifah Nur Hasliza Tuan Razilah


Haa, makcik ni adalah BESTies yang paling susah kalau nak jumpa dia. Ade je hal dia. Kalau nak jumpa dia, tup tup jap lagi dia mesti ada hal. Memang sibuk mengalahkan Menteri Besar Terengganu. Dah jadi bini orang ni lagi la susah dan ghohok kalau nak jumpa dia. Tapi ok la, yang penting tak lupa kawan. Harapnya sampai bila2 lah kitorang berkawan.



iii) Faiezah Ahmad

Ni set muka bulat aku. Hehehe. Tapi dia part muka je bulat. Sekarang dia kurus je aku rasa. Aku ni memang berganda gemuk dari dia.
Kenal dia masa form 4. Kira dia orang baru la masuk geng. Haha. macam gengster da, adageng! Dia rajin skit la study aku rasa. Tu je la beza dia ngan aku. Sebab aku pemalas. Yang lain, memang banyak sehati sejiwa. Memang banyak rahsia yang dikongsi bersama. Time2 belum wujud lagi teknologi dulu, memang kitorang ni lah orang yang rajin mengutus surat antara satu sama lain. Sampai berkajang2 la kertas, semua benda nak diceritakan. Rindu sangat la kat dia ni. Dah lepas belajar, sempat jumpa sekejap je. Sekarang pun dia dah pindah jerantut, so lagi susah nak jumpa. Dia turun KL pun kadang2 time tak kena. Maklumlah aku ni kan wanita paling sibuk! Hehehe. Jangan marah okey faiez.



Ok, part 1 aku nak tamatkan disini. Kata ramai kawan kan. So kalau tak buat part memang masak la, hehehe. *part 1 dulu sebab aku malas nak tempek gambar diorang. Hahaha* Takde sebenarnya aku malas nak adjust tempek gambar. Maklumlah dah agak buta IT sebab lama tak godek blogspot ni. Apapun, siapapun kawan aku yang baca blog ni (kalau ada) jangan kecik hati. Korang semua memang kawan aku.

Adios. nak pergi lunch. Babai!



1 comment:

~Kmar~ said...

Eh apesal aku br perasan entri ni. I love you too! Rindu!!!