Apr 4, 2011

Makcik Kepoh

Rindu belog ni. Biasanya buka just tengok bloglist yang update, then blogwalking. Takde tinggal pape komen pulak tu. Kejam kan. He he he. Bukan nya nak jadi stakler, tapi malas nak bagi apa apa komen, sebab suka baca celoteh diorang :)

Sekarang kehidupan aku agak normal. Pergi kerja, balik kerja, tengok tv, tido! Bangun, pergi kerja balik.itulah ulang2 tiap2 hari. Ye la, kawan2 yang rapat takde sekeliling. So takde lah nak melepak mana2. Tapi kadang2 rasa macam seronok macam ni. Takde la nak kecik hati dengan kawan2 ke apa sbb jumpa kawan pun jarang2. Aku senang macam ni, nak pegi mana mana pun sendiri. Jadi, tak terikat dengan orang lain.

Kalau nak diikutkan, rasa nak sangat sambung belajar. Tapi tak tahu la kat mana yang ada buat coursework je untuk my field. Sebab malas nak resign. dah sayang kerja ni. Takut nanti kalau berhenti susah nak cari kerja lain. memang kadang2 ada tekanan kerja ni, tapi normal lah. Semua kerja macam tu kot. Takde kerja yang tak susah.Tapi takde lah susah sangat.Boleh handle lagi takat ni. He he He. Tapi dalam pada tak susah ni lah aku terfikir mampu ke tak kalau aku sambung belajar. Agaknya tak mampu, tu yang Tuhan taknak bagi peluang sambung belajar lagi buat masa ni. Takpe, aku mendoakan yang terbaik buat diri ini :P

Sekarang musim kawan kawan kahwin. ye la, bila umur dah meningkat ni ramai la yang dah nak berumahtangga. Aku je la yang tak sampai2 serunya. Insyaallah, semoga ada yang dijanjikan Allah :) Penuh jadual hujung minggu nak attend majlis kahwin kawan2 terapat. Aku cuba jugak la nak penuhi jemputan mana yang termampu. Maklumlah, kawan kawin kat Terengganu la, Pahang la. Aku pulak kat sini. Kalau jadual free, boleh la cuba attend :) *konon macam sibuk kalah artis kau ye*

Memang kepoh kan saya. Yes, aku memang kepoh. Pok pek pok pek sebenarnya. Orang mengenali, memang akan tahu macamana perangai aku. Ada orang kata saya garang, tapi sebenarnya takde lah garang mana. Memang dah natural nya mcam tu. Apakan daya. Ada jugak yang cakap aku ni sombong. memang, muka gua muka payah senyum kot. Tapi tu dulu lah. Sekarang dah rajin sikit senyum. Apapun, kenal aku dulu. Pastu baru lah nilai aku kepoh ke, sombong ke, berlagak ke hape. Okey :D



Oklah, idea tiba2 tersekat. Jom kita layan lagu ni :)




2 comments:

~Kmar~ said...

awat kita sama ek. "belum smpai seru". kih3. mmg 1 kepala betul

Khairunnisa' said...

Hah, saya awal-awal lagi dah resigned. Apply untuk Master pon belum lagi. Sekarang nyesal :'(

Nisa'