May 27, 2009

Tajuk in Progress...

ya.hari ni hari khamis.
bosan la pulak.rasa lambat benor minggu ni.
selama ni time aku banyak keje bukan main la cepatnya hari berlalu..

oleh kerana agak dah lama tak pos entri,cehh bajet ade orang nak bace belog kau!
tak kisah la.
aku menulis bukan kerana nama.
kerana aku suka.
=)

baru ni ke melaka.
pergi present final.industrial training.
harap aku takkan ke melaka lagi.
maksudnya pergi untuk tujuan sebegitu.
malas dah rasanya.
kalau pergi pun biarlah dengan nawaitu lain.
hahaha...

hari tu aku terajin pulak.
check baki pinjaman.
wah.terkejut mak!
banyak gila.
bila masa aku pinjam banyak 2 ni.
yuran punya la mahal UniKL ni.mak aii...RM 60,851.40
boleh buat kawin nii...
haih..banyaknya hutang.
harap2 nanti dapat la pengurangan..
(ada hati!!)

sekarang ni ramai yang tak sihat kan.
ye la,cuaca pun kurang ok..
ekonomi lagi la kurang ok.
tu yang buat lagi ramai tak sihat.
harap2 aku cepat la dapat keje.
biar cepat sikit ekonomi rumahtangga aku stabil.

akhir2 ni banyak jugak gossip liar.
kat frenster mahupun facebuk.
gosip cakap aku dah nak tunang.
wahh..ni ke cincin tunang aku?
bila aku tunang??
tetttt!!!!!!!!

haih.memang cita2 nak tunang.
tapi takde orang nak pinang.
hahaha!!
bukan2..silap.
aku lom bersedia sebenarnya.
Mr J.maafkan saya.
tunggu eh.
hehehe.. =)

ok la,aku dah tak tau nak bebel ape.
oleh kerana rasa diri makin gomuk sekarang,
aku nak g exersice.basuh baju.
kurangkan lemak dilengan.
ok ke?
gemuk kan??
bukan double chin..
nih dah triple chin.
huhuhu..
tolonglah.bagi aku kurus!!
chow sin chi~~

May 21, 2009

Flip Flap

saya sekarang berada di bilik berita Kuala Terengganu.
wee...
maksudnya berada di kampung.
ye,bila kadang kadang balik kampung baru rasa feelnya kan?
seronok.boleh makan apa yang kita teringin nak makan masa berada jauh dari kampung.
boleh bermanja manja(dis one memang kenot go kan)
banyak lah ko punya manja!
penyepak nak?
;0

entri kali ni bukan lah nak sebut pasal benda baru.
saja,tiba tiba terfikir,kenapa orang minat sangat benda ni.
rasanya kalau siapa yang ada menda alah ni mesti tau flip flap tu.
memang dah lama aku tengok.comel.
ye lah boleh bergerak2,joget joget gedik.
hahaha.
tapi tak sangka rupanya menjadi hot item.
boleh kata siapa yang ada kereta, terutama golongan muda mesti ada lah benda ni.


siyes benda ni hot kan??
apa yang buat aku cakap benda ni hot?
oleh kerana aku ni rajin sangat,rasa macam berminat nak aplikasi ilmu hisab yang aku dah belajar berkurun lama.
maka, di suatu hari yang indah permai,bila berada di jalan raya,
Cik Dada dengan rajinnya telah mengira kereta yang ada menda kiut ni.
dan selepas di analisis, dalam masa 20 minit dijalan raya,
ada 55 buah kereta, yang melepasi aku ada mende nih.
wah,pencapaian menarik.
benda ni memang hit the market.
sah sah yang buat benda ni dah kaya raya.
kan?
persoalannya,kenapa benda ni hot??
ada sape sape boleh jawab??
(*_~)

May 14, 2009

Mode:Emo

huwaaaaaaaaa...........
semua orang dah dapat kerja.
camane ni??????????
aku apehal???

Love Is Love Is Not Anything Else..

bila tak kerja sebenarnya sangat bosan.
sebab aku akan tido dan selalu bangun lewat,sampai ada yang call banyak kali marah sebab tak bangun lagi.
hmm orang tu mesti tahu dia sape.
haih.ape pun perangai itu sangat tak elok ok! Cik Dada.
sila belajar bangun awal.

oleh sebab tak ada kerja yang tersangat,jadi mencari kerja tu kadangkala jadi kerja wajib bagi orang macam aku rite.
so,dengan bersemangat waja,aku pun nak la pergi interview.
pagi pagi dah bangun tau.
tapi bila sampai sana.
wahh..OMG!!
ramai nye orang. banyak sangat ke kerja kosong sampai orang pulon tahap petala ke lapan ramainya?damn.sungguh terkejut.
dan dalam masa yang sama meranapkan semangat aku juga.
aku memang tak sempat la nak snap gambar.dah orang tengah ramai.kang kalau aku snap ade plak yang mungkin cakap,

"minah ni apehal.gila ke sewel snap2 gambar.orang sibok nak interview ko sibok nak amik gambar apehal??"

itu mungkin ok.aku tak kata mesti.mungkin..

ya.oleh sebab aku rasa tak sanggup nak tunggu dan dalam masa yang sama tak berapa konfiden nak dapat,jadi aku pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah.ceh!

setelah berfikir ape nak buat hari ni,(sebab dah bangun awal ok!,kalau tak aku mesti tak fikir),jadi keputusan sebulat suara,ye takkan sepetak suara pulak.aku nak pergi berjimba di OU.
sebelum tu aku temankan la kawan aku g TTDI,dia nak ke celcom centre.
buah langsat tak payah cakap ok.memang sentiasa asa kalau aku ni kemana mana sekitar KL ni.
sebab aku bukan orang sini.heh,hampeh.

oooooo....ko g OU tau plak jalan!
hahaha...

so,bila sampai OU aku pikir lagi nak buat ape ni?
maka aku pun berkata la kat kawan aku
"tgk wayang jum?"
"citer ni cam best" (sambil menunjuk ke arah skrin yang tengah tunjuk trailer citer tu)

ekceli,aku tak tau pun pasal citer tu.tapi tak tau la,cam tertarik.
hehehe..
citer ape?
citer ni la..Sell Out: Art is Hard.
damn best!gelak je kerjanya.
hehehe..cerita ni cerita cina malaysia.tapi cakap omputih la.
sikit sikit je cakap melayu.
so,sape sape yang rasa nak tgk muvie,pegi la tgk citer ni.
tak payah tengok Xmen tak besh..
hahaha..jahat tak aku?
sebab aku memang tak suka cerita macam tuh!

Love is Love..is not enything else..
hahah..aku dapat dari filem tu la.
so.cekidout okeh.
btw,nama heroin dia Rafflesia Pong.
ceh,pinjam nama aku tak bagtau.
hampeh la.
Oii Cik Dada...udah udah ler tuh perasan bebenor..
shuhh...pegi mandi!!!

May 12, 2009

Panas!!

jari jemari rasa sangat penat.
haiih...
ini semua gara gara menulis report dalam log book micet yang menyibok tu.
tapi ada hati nak berblogging lagi.
memang semua bloggers macam tu kot eh.
addicted dengan blog.

bila ya pemanasan global ni nak habis.
panas yang teramat sangat sekarang.
tapi macam mana nak habis kalau tiap2 hari pun kita guna benda yang menyebabkan global warming ni kan?
kesian la kat bear ni kalu ye pon tak kesian kat diri sendiri.
jadi meh la kita sama sama menangani global warming.
hahaha..
kalau tak panas,mesti tak mau hengat jugak kan?



tubuh pun terasa penat sangat.
dah macam macam cara duduk,terguling,meniarap,semua ada.
dah macam Astro dah.macam macam ada.
ya.penat yang tahap giga.
do i really need vacation?
tsk.

Vacation?

konfiden tu penting.
ye dak?
walaupon tak pandai speaking,hidup kena konfident..
oleh kerana konfiden itu lah,
beria la YM member.nak tanya sumthing.

Cik Dada: buzz!!
Cik Dada: Nad,****** takde bukak vacation ke?

lama betul dia diam..i was wondering..kenapa ye?
tgk balik window YM tu..baca balik..

hampeh!vacation?
Cik Dada oii....Vacancy lah!
haha...
konfiden sangat la tu..

May 9, 2009

Metro Ahad

okeh.oleh kerana hari ni hari ahad,jadi harga surat khabar adalah RM1.80.
harap maklum.
lalalala....
hampeh la Cik Dada ni kan.semua orang dah tau,lagi nak maklum segala.

okeh.lagi sekali tajuk memang tak ada kena mengena.tapi saja la sebab hari ni hari ahad.
kita mulakan dengan award yang aku dapat dari Cik Kmar.
Muchas gracias ye Cik Kmar..Even la belog Cik Dada ni takde hape2,dapat jugak award..
hahaha..
So, the award :The rules are:
1. Letakkan logo award ini di blog anda
2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.

- Cik Nadxoxo (cerita hidupnya bersama Encik Gajah yang sangat comel ;P)
- Cik Apad ( cerita2 kehidupannya di MICET,Kampus Indah Permai)
- Cik Milimilo (dia comel)
- Cik Hanis Zalikha (She is so inspiring!!)
- Cik Kerm (keep on blogging gurl~)
- Cik Aida (comel,bergaya,berjaya!!)


yang balance award tuh untuk semua blogger2 yang ada..ok! (*_*)

ok.setel dah bab award.

seterusnya,berita dalam negeri.
SELAMAT HARI IBU buat semua ibu di dunia.
Teristimewa buat ibu saya yang tersayang.
tak tahu nak bagi hadiah ape + duit tak berapa nak ada.
hahaha.kang kalau bagi hadiah,pastu mintak duit mak pulak takde makna la kan.
itu kes naya maknanya!
jadi nanti la aku berfikir2.mungkin bagi sekali dengan hadiah birthday je nanti.
tapi masih tak tahu nak bagi hadiah apa.
any idea guys?
bagi la idea.
huhuhu....

esok presentation internship kat FRIM before MICET next 2 weeks.
agak mendebarkan.rasa macam dah lama gila tak present.
susah jugak nak bina keyakinan diri ni.
ha!konfem esok mesti menggeletar before present.
takut ada yang tanya aku tak boleh jawab.padahal bukan tak tau.
tahu tapi tak tahu nak jawab macam mana?
faham x?
macam komplikated gila kan tahu tak tahu aku.
haha!!!
takpe,next entri nanti aku cerita camane presentation tu.
tu pun kalau rajin~okey.

oleh kerana sekarang jugak tengah masalah ekonomi yang agak gawat,
aku tengah berfikir2 nak buat garage sale.
tapi ada ke orang nak beli.
wardrobe aku macam dah pack dengan barang2 yang aku gila beli tapi tak pakai.
shawls tak payah cakap la.berlambak..
asal tengok je sambar.
ape nak jadi ni Cik Dada.
haih.perempuan.biasa la kan..
sempat lagi tuh nak menyalahkan perempuan.
padahal salah diri sendiri.

so,agak agak kalau aku buat garage sale tu ade orang nak beli ke?
(*~*)

May 7, 2009

Update:Drama Samarinda

ok.tajuk entri memang tak ada kena mengena langsung.
kenapa letak tajuk macam itu?
sebab saya sengal dan senget.
tak tahu nak letak tajuk apa lagi.
yes~absolutely sewel.

oleh kerana saya bakal tua bulan ni,
jadi entri kali ini aku nak buat wishlist..
hehehe..
mana la tau kot2 ada yang dapat nanti..


1) Kereta Idaman

ish.kalau ada yang bagi hadiah ni kat aku,mau melompat kegembiraan la jawabnya.
ye,saya sangat mengidamkan kereta sendiri.
penat la naik kemudahan awam je.
kereta idaman?ala.tak payah la besar2.
bagi kereta kat bawah ni pun cukup lah
=)2) Laptop

yang ni memang cita cita sejak berkurun lama
tak pernah ada orang nak tunaikan.
hehe.baru je 2 minggu lepas usha kat OU.
chantek~suke suke suke..
best skit nak berblogging kalu dapat yang ni.
nak apple tau~


3) Jam Tangan

Waktu itu emas kan?jadi memang susah la kalau tak ada jam.
jadi bagi la jam..
ahaks~bodek tak hengat.
padahal dah ada jam.
tapi nak yang baru.
yang cantik.yang lama ni dah tak cantik.dah calar balar.
memang menggediks kan?
maunya esok jam aku yang ada ni rosak sape nak jawab?
(*_*)

Update: Ni la jam yang nak sangat2..lawa kan??
serius sangat lawa,chantek dsan menarik..
bg la jam ni....
oh tidak..jam ni sangat cantik~
.
.
.
.
.
.
.
.
..



Cik Dada,sila berhenti berangan sekarang.
mesti mimpi ngeri je sape2 yang tengok wishlist ni.
hahaha..
btw,Mr J, I sayang u tau..
(hahaha..bodek nampak..bajet ko boleh dapat la ape ko nak?)

sudah.pergi tido sekarang.
mimpi la dimalam hari nak dapat benda2 tu semua as birthday present..

May 5, 2009

Promo~

=)

sebenarnya,entri ni saja.nak promo,in fact membantu kawan aku.
untuk mempromosikan blogshop dia.
so,kalau ada masa singgah la.
mana tahu ada apa apa yang berkenan dihati.
apa lagi.sambarlah kan?

(*_*)

so..the blog is
Ikin Wardrobe

enjoy shopping dear~