Dec 6, 2011

Kita hanya merancang

Ya. Kita hanya merancang, Allah Maha Kuasa menentukan segalanya. Pesanan ringkas (sms) dari seorang teman (kami tak terlalu rapat namun ada perkara yang kami boleh kongsi bersama) petang tadi menggugat rasa tenang dalam jiwa. Bergelojak, berselirat dalam lubuk hati. Kelu.

"aku putus tunang, doakan yang terbaik untuk aku"

Rasa gusar dihati. Mana tidaknya. Baru 2minggu lepas dia bercerita tentang segala persiapan. Bertanya pendapat tentang itu dan ini. Tarikh hari bahagia sudah dirancang,barang barang hantaran separuh sudah dibeli. Rumah dikampung sudah diubah suai tanda besarnya hati ibu bapa anak sulung bakal menjadi permaisuri hati jejaka idaman. Sekampung sudah tahu. Tiba tiba langit berarak awan kelabu. Ya Allah, besarnya dugaan buatmu. Telefon pantas ku tekan nombor telefon milik sahabat itu. Tak berjawab. Mungkin dia perlu ketenangan buat dirinya.  Memahami, dalam masa yang sama aku ingin berkongsi kesedihan itu. Benarlah kata kata, Kita hanya manpu merancang Allah menentukan segalanya. Terlalu jauh perjalanan hidup dihadapan yang kita tak tahu onak ranjaunya. Semoga kita mampu menongkah arus, melawan segala badai yang kunjung tiba menghempas pantai.

Buatmu teman, aku mendoakan segalanya yang terbaik buat mu. Jangan menangis. Semoga ada sinar bahagia muncul selepas beraraknya awak kelabu. Insyaallah.