cepatnya masa berlalu,kadang2 terasa macam budak2 lagi..
bila renung balik diri,kecilnya diri..
banyak kesilapan yang telah dilakukan.
tapi tak boleh la nak menuding jari kepada sesiapa pon..kan?
yang penting baiki diri..
semoga esok yang mendatang lebih baik..
memang,siapa pun nak yang terbaik untuk diri sendiri.
tapi kita tak tahu apa ada dihadapan kita.
mungkin longkang besar yang mana bila kita jatuh,perghh busyuk gile.
mungkin juga ada sejambak bunga yang wangi gila menanti
(ini semua hanyalah metafora ok~)
kalau kita tahu,sudah tentu2 la kita nak yang baik,wangi dan chantek saje.
tapi,bila mana ini adalah kehidupan, kita harus laluinya tak kira la busyuk ke,wangi ke,hitam ke,putih ke,kelabu taik kuda ke..
penat juga sebenarnya dalam meniti kehidupan..siapa setuju?
sila angkat tangan,biarpon saya tak nampak.hihihi
macam2 dilalui,namun dalam hidup saya,rasanya banyak yang pedih,tapi takpe.
saya mengharapkan yang pedih itu akan bertukar jadi yang sangat manis untuk dikenang nanti.
=)
banyak benda yang perlu dipikirkan.itu baru umurnya 24 tahun,tanpa komitmen rumahtangga.
macam mana agaknya bila ada keluarga sendiri,dimana kita yang harus mengemudi kapal itu.
karamkah nanti?atau koyak kah sauhnya?
cuak rasanya,rakan2 taulan sudah mula mengorak langkah menuju ke alam baru..
btw,congrats buat wann(one my clicks),yang engaged baru ni..
p/s:Insyaallah mu kawen nanti aku pegi...
saya bila lagi ye?
:)
untuk makluman,saya bukan kecewa mahupun cedera parah,tapi saya dalam dilemma..
tergantung..sebab tak tahu nak cakap macamana..
banyak dalam fikiran,kerana lumrah kehidupan manusia sentiasa melaluinya sehingga nadi terhenti..
pengakhirannya,saya ada satu soalan..
macam mana kita nak tau org tu adalah MR/MS RIGHT?????????
+buat chentaku,dikaukah mr rite?+
1 comment:
through instinct, i suppose.. ;)
Post a Comment