Jun 27, 2009

Alam Baru

Hi semua..
ceh.bajet ramai la yang baca belog.
padahal sendiri tulis sendiri jugak baca.
hmm..aniway,Cik Dada dah berada di alam baru.
aha!bukan la maksudnya sudah bertunang atau berkahwin.
maksud alam baru disini,Alam Pekerjaan..
mungkin agak lambat jika dibandingkan dengan kawan2 sebaya Cik Dada.
tapi ok lah, aku tak menganggur lama selepas belajar.
Alhamdullillah..

sangat lah penat.
almaklumlah,Cik Dada ni berhijrah dengan komuter.pastu bas pulak.
Dari Kepong ke Cheras.
bayangkan lah..betapa jauhnya.
huhuhu..
time pergi dengan balik memang kena berebut2.
kejanya tak de la penat.
sangat la rileks.
sebab takde tekanan.
boleh la,cari makan.

sekarang barulah terbayang.
susahnya nak cari rezeki sendiri.
barulah tahu nak menghargai,susahnya mak bapak cari duit nak sekolah kan aku.
huu.ini sesi muhasabah diri la kira.
ok.
memang patut pun kan.

sebab tu lah sekarang agak susah Cik Dada nak hapdate belog.
kadang2 balik kerja terlalu penat.
sampai tak sempat nak sapu habuk atas laptop.
apetah lagi untuk on kan laptop dan hapdate belog.
wah.Cik Dada berjaya menimbulkan metafora dan hiperbola sebagai alasan taknak hapdate belog.
memang melampau.
=)

saya sangat berharap akan mendapat kelebihan masa supaya dapat menhapdate belog dengan kerap.
hehehe...

No comments: