Kalau setakat curang antara boifren dan girlfren mungkin tak terlalu besar. Walaupun agak tak elok. Tapi bila dan berlaku Ijab dan Qabul, then kau masih berlagak bujang, apa kes? Ke mana pergi rasa tanggungjawab yang dah digalas saat terlafaznya akad? Tak hengat kah??
Sebelum kahwin lain ceritanya kalau curang. Tapi bila dah kahwin, beranak pinak, apa pula cerita anak2? Mampu kah mereka nak meneruskan hidup bila keluarga porak peranda? Kesian kan.
Memang aku tiba- tiba jadi takut. Bimbang kes ni terkena batang hidung sendiri. Memang tak patut menunding jari pada satu pihak. Sebab, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi rite. Hakikat sebenar kita tak tahu. Apa masalah mereka. Tapi wajarkah kalau bermasalah sesama pasangan maka kau terus mencari pasangan baru? Isk, memang tak patut kan?Apa kau ingat beli baju kat Jaya Jusco? Banyak punca yang memungkinkan segalanya terjadi. Tapi, siapa yang harus dipersalahkan.
Mungkin sekarang penting untuk mengenali sedalam2nya pilihan hati anda. Benarkah dia belum bekeluarga atau berpunya? Caranya, tepuk dada tanya hati. Jangan terlalu lambat bertindak. Sebab bila hubungan sudah berpanjangan kelak hati merana bila tahu dia bukan untukmu..
ya, aku takut. peringatan ini bukan untuk orang lain. memang untuk diri sendiri.
buat lelaki2, jangan mengaku bujang kalau dah beranak pinak. sayangi keluarga.
buat wanita, jaga diri, hiasi rumahtangga anda. Kepada kawan2 ku yang dah bekeluarga aku doakan sejahtera selalu hingga ke akhirnya.
2 comments:
nice entry!
itu lah yg terngiang2 dalam kepala otak aku.
si lelaki jgn la mengaku bujang kalau dah kahwin
si perempuan pula jaga la laki itu, kalau laki tidak dijaga nanti dia lari.
huhu~
Kmar, memang ramai sekarang yang mengaku bujang.padahal anak dah bersusun.Semua tak kena.Kata pergi memancing rupanya menabur umpan janji manismu kat perempuan lain..ish ish..
Post a Comment