Mar 24, 2010

BUDUS!!

Aku nak update..tapi bila dah taip2 ntah macamana benda ni cam lari2..tak reti la nak update guna hp ni....tunggu aku hustler dulu k baru aku post entry untuk update.hish...memang aku buta it agaknya!

Mar 3, 2010

Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

RANDOM



Aku memang banyak kepantangan.Kalau ade yang tak kena memang aku akan menyumpah-nyumpah.Walau dah tau benda tu tak baik.Tapi nak buat jugak..ish,memang teruk.Tapi bukan lah aku tak suka "U all"....

Kepantangan aku adalah:

1) Aku tak suka orang usik barang2 aku
Memang.memang aku tak suka.aku memang tau kat mana barang aku letak.walau seinci pon bergerak aku mesti notice.melainkan masa tu aku nyanyuk dan tak ingat camane aku letak or kat mana aku letak. Aku lagi bertambah tak suka kalau orang tu berkira dengan aku,then barang aku dia nak main pakai je macam harta dia. Memang menyampah ok.kalau tak berkira ok la jugak.

2) Aku tak suka orang bawak keta overtake aku,tapi bila sampai depan aku dia brek.Memang bahlul kalau bawak keta macam ni ok.tadi nak overtake sangat.dah potong tu jalan la.nak brek ape kejadahnya. dalam hati aku selalu kata " macam mana la orang ni boleh dapat lesen". Memang tak patut. Aku jugak tak suka kalau orang tu tetiba nak mengendeng tak bagi signal. Oh, kau kereta ko takde signal ke? Ke ko tak reti bagi signal. Jangan harap aku nak bagi jalan.melainkan ko bernasib baik dapat selit.benci tau tak..macam ko sorang nak cepat.

3) Aku tak suka orang yang melebih2..
Contoh kalau dalam komuter, lrt ke, bas ke, even flight pon. Ada je kan mata yang suka sangat tengok2 handpone orang. Sibok nak baca msg orang. Ape yang aku tulis. Ape la yang ko kisah sangat? Aku mintak ko bayarkan ke nak hantar msg tu? Lebih2 lagi kalau yang terintai2 tu lelaki bangla ke, indon ke. Memang sadiss la..Ko faham ke ape aku tulis?? Mesti dia kata " ala, bila aku nak dapat msg jugak"..sambil belek2 henpon sendiri.kan???
Aku jugak tak suka orang yang over ok. Jangan la over dengan aku.Memang siap kau kena kutuk ngan aku.Kan dah tambah dosa aku..Tak baeekkkk!!!


dah la...nak tulis yang ni pun amik masa sehari.memang sah otak aku dah berkara dalam penulisan dan pemahaman.haha..memang teruk..
bai.nak balik dah.

Feb 5, 2010

Singkatkah perjalanan??

aku notice bila dah kerja ni agak kurang la keseronokan hidup.dah tak ada masa nak bersosial.maksud aku bersosial disini ialah untuk berjumpa kaum keluarga, rakan rakan taulan dan sahabat handai.memang aku tak cukup masa.weekend aku sangat sepi.memang la boleh balik time weekend.tapi kalau setiap weekend aku nak balik memang kopak tunggang terbalik la sebab gaji aku tak besar ok.
but, to be frank hidup aku lagi tak best sekarang sebab aku takde kawan yang ramai kat sini.tak macam masa studi.masa study weekend je boleh kuar meronggeng dengan my BFF.specially bila ada duit yang agak banyak.masa study dulu ada 200 pun dah rasa banyak kan??sekarang bila dah kerja,hmm..no komen.
sekarang life sunyi sepi.dah keje, tapi bila nak kuar takde membe.sebab kawan2 yang rapat pun semua jauh.takde yang sehati berdansa dengan aku.kalau ada pun memang ish..menyerabutkan dan tak sebulu langsung.
macam pagi ni.aku dah bangun awal.tapi takde hala tuju.wahh,terasa macam sangat tak bermakna hidup ni, sebab aku tak ada hala tuju.memang hampeh kan bunyinya.
pagi-pagi bangun mengadap otoromen.bior benor?macam dah zaman budak2 balik je kan..hahaha..series...ni betul2 berlaku.
tapi apakan daya.memang tu je yang aku mampu buat.
takpe la,hidup ni memang singkat.buatlah apa yang bahagia untuk kita.jangan cari pasal dengan orang cukup la kan?

apapun, aku memang rindu kawan2 aku..my besties..and my buddy..
all of you, u know who are u..
i miss you all damn much!!

Jan 15, 2010

dilemma

gila lama tak belog.menjengah memang tetiap hari.tapi tak tahu nak tulis apa.dah naik kematu dah otak.duk pikir nak hapdate ke tak belog..atau biar je berlapok camni.tapi kesian gila kat belog ni.macam dah tak bertuan plak.so,should i start "bebeling" again?

Sep 3, 2009

Nak..Tapi...

nak blogging tapi macam tak tau nak tulis ape.
kang mengarut tak tentu pasal susah jugak.
padahal memang aku mengarut je tiap2 hari..kan?

bila time takdak masa..macam2 aku nak blogging.
tapi bila ada masa,aku lupa terus yang aku nak blog kan.
hampeh mareng kerapu betul.

rindu rumah.
nak balik berpuasa di rumah.
walaupun dua minggu ni akan cuti hari isnin, tapi rasa macam tak cukup bajet la nak balik.

duit gaji dah habis pun.
tak tau buat ape.
shopping raya kot.
tapi moralnya memnag gaji aku sikit..
hehehe...
jadi, siapa nak bagi kerja gaji membukit...
plis...

Aug 18, 2009

Rojak

Maaf kerana agak lama tak hapdate belog ni..
rasa2 macam dah hampir dua bulan tak hapdate.
semenjak keje ni..sangat tak cukup masa.
bila balik keje, memang malas..tido pon awal je..
walaupon bangun lambat..
hahaha...
sekarang memang jadi silent reader je kat belog2 yang besh..yang mana memang takleh nak miss dari membacanya...
hehehe...
nak komen kadang2 tak sempat..al maklumlah curi2 baca kat ofis..
hahaha....


minggu depan dah puasa.
rasa macam cepat pulak hari berlalu.
harap2 tahun ada bukan yang terakhir...

tadi otw ke melaka,
aku satu lagu ni..
pastu lirik lagu tu membuatkan aku terpikir sesuatu..

mungkin ada yang cakap..bila kita dah clash ngan seseorang tu, kita akan cakap dah tak boleh nak get along dengan dia..
dan kita akan kata orang yang baru tu menepati citarasa saya..
kelakar kan.
kalau kita tak boleh get along before this, takkan boleh berpasangan sebelum ni..
well, semua orang akan ada pendapat sendiri..

pada pendapatan saya yang tak berapa besar..
saya beranggapan, bukan lah tak boleh nak get along..
cuma manusia ni suka berubah ikut peredaran masa.
mungkin perubahan tu yang membuatkan pasangfan dia tak leh terima..
jadi mereka pun berubah haluan..
betul ke??
harap2nya saya takkan berubah haluan..
=)

okies...nanti sambung..