Showing posts with label bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel. Show all posts

Jun 20, 2011

Kebuk Wasap

Aku sibuk sungguh sekarang. Sampai berkebuk belog ni aku tinggalkan. Jengah cuma sekali sekala. Betul aku sibuk. Tak tipu.

Nak jumpa kawan2 pun kena pandai curi masa. Balik kampung apatah lagi. Susah bebenor. Jangan orang tua kecik hati dah la aku jarang balik. Sebulan cuma sekali. Idea nak tulis kadang2 datang bergerombolan. Tapi cuma disaat aku sibuk menguruskan kerja2 ofis yang memang tak pernah nak habis. Bila aku duduk, ketik keyboard memang idea tu tersekat. Macam longkang penuh sampah. Tak datang. Hampeh.

Perancangan sekarang banyak. Aku nak buat macam2. Tapi masa membataskan. Ingat nak belajar menjahit, tapi belum ada masa nak usha kat mana ada kelas yang available untuk weekend. Aku takut nanti bila ada, aku pulak yang sibuk melampau mengalahkan Perdana Menteri. Susah dan payah.

Cuma aku mengharapkan kalau pun sesibuk mana aku tak lupa diri. Ha! apa kaitan sibuk dengan lupa diri? Kau memang pening lalat. Tak ada kaitan pun. Kah kah kah. Saja bagi ingatan, jangan lupa diri. Jangan lupa mak ayah. Jangan tersasar dari landasan sebenar.

Sekarang aku tengah sibuk cari assistant. Macamkan lah pangkat kau besar sangat nak assistant segala. Tak. Aku perlu ada orang tolong untuk uruskan simple things supaya aku ada masa nak tumpu pada yang lain. *Dan juga ada masa nak berblogging balik* Alasan tu tak boleh bagitau bos. Hahaha. Tapi aku susah nak buat pilihan. Macam2 jenis resume yang masuk. First impression tu penting bagi aku. kalau kau dah letak gambar ala ala myspace kat resume, aku automatik jugde kau tak serius. Tak tau kenapa. Kenapa perlu letak gambar macam tu. Tolong jawab.

Mungkin aku ada pengalaman buruk yang mana assistant aku lari tanpa notis. Tetiba je, resign. Memang haprak la. Kau ingat company bapak kau punya? Takkan marah sikit kau terus nak lari? Kalau macam tu sampai bila2 pun kau takkan dapat kerja dengan baik. Terima teguran orang akan bantu kau jadi lebih baik. Marah, memang aku marah. Sebab sekelip mata kerja aku jadi dua kali ganda. Aku terpaksa balik umah malam. Pending work aku bertambah2 sampai ke sudah tak clear tray aku. Tapi, apakan daya. Nak tak nak aku kena cari assistant baru, supaya aku dapat lupakan trauma aku tu. Semoga aku berjaya!

Aku harap blog aku takkan berubah jadi kebuk wasap mahupun kaki retort. Aku harap.
*harap saja tak bermakna, kau kena usaha Shahida!*

Jan 27, 2011

Pengikut Tegar

Sesetengah orang kata stalker. Aku tak nak la kata stalker sbb aku tau benar siapa dia.tapi, bagi aku kalau dia suka sgt kat aku pun,tak kan la setiap yang aku buat dia nak ikut kan..agak2 la..sebab aku jadi rasa kau bukan suka..tp kau dengki. Boleh?

Every single thing yang aku ada kau nak ada.apahal? No, aku bukan bagus untuk kau ikut. Bukan teladan yg baik pun. Esok esok kalau aku terjun masuk longkang pun kau nak ikut ke? Biarlah kau ada keyakinan diri.buat benda sbb kau rasa kau nak buat. Jangan ikut aku boleh x?

Dah ramai aku jumpa orang macamni..tapi tu la, bila kau dekat dgn aku, aku taknak nnt aku naik menyampah dengan kau. Apa la faedahnya kau ikut aku pun.

Actually takde lah semua benda dia ikut. Tapi aku rasa macam semua benda dia tiru (eh, ke aku perasan??) . Tak nak la cakap apa.. Cuma, kepada org2 mcm ni berubahla.. Jangan ikut orang je..

Maaf entri ini berbaur emosi..Sebab aku dah hampir tak boleh tahan. Kau boleh follow aku kat twitter..tapi jangan "follow" aku..ngerti?? Bai!!
Published with Blogger-droid v1.6.6

Oct 24, 2010

Nikah Kahwin

Lately ni aku rasa ramai sangat yang bercerita kat aku pasal masalah diorang. Mungkin aku patut amik kaunseling dulu.Aku tak tahu kenapa aku selalu menjadi perantara orang yang menghadapi masalah rumahtangga / percintaan sekarang. oh ya, semestinya aku bukan Dr Love. Aku cuma mampu memberikan pandangan je lah kan. Dari my point of view la. So, nak ambik ke tak its up to you. Aku tak paksa, larang pun tidak. Memang lah dalam bercinta / berumahtangga banyak dugaan, cabarannya. Apa penyudahnya kita semua memang tak pasti,bergantung pada cara kita membuat keputusan.

Bagi aku bila kita memang dah berniat nak berumahtangga, kita sebenarnya telah mengambil keputusan dan sepatutnya bersedia untuk buat perubahan besar dalam hidup.Kahwin dengan seseorang bermakna kita juga berkahwin dengan keluarga mereka. Masalah la kan kalau kita ada masalah dengan keluarga pasangan kita. Alamak, berapa banyak masalah la. Maap la ye, semenjak jadi kauselor tak bertauliah aku memang dah biol.

Bagi aku, tak payah ambik risiko kalau kita dah tau family si dia memang tak boleh nak terima kita.Lebih2 lagi kalau si dia tu "anak mak/anak bapak". Paksa macam mana pun, kalau dah hati orang tu memang dah tak suka, memang tak suka lah. Iye, memang ada peluang nak menerima, tapi mungkin makan masa. Bukan apa, takut tak tertanggung peritnya bila dah kahwin nanti lain pulak ceritanya. Bila ada orang yang masuk campur, sibuk nak membuat keputusan dalam rumahtangga kau, sampai bila kau boleh sabar. Tambah kalau orang tu tak suka kau/kau tak suka orang tu. tapi, kalau menantu tu tak suka mentua memang melampau la jugak. Amboi, anak dia kau nak. Mak bapak dia sibuk pulak kau tak suka. Dasar anak hantu betul!

Restu ibu bapa ni memang penting dalam usaha kita nak melayari dan mengemudi rumahtangga. Bila dah ada bab tak suka ni, susah la. Banyak risiko. Kalau kau nak makan hati ulam jantung cicah budu nanti, silakan. Aku tak halang, cuma bagi pendapat. Nasib aku sendiri pun aku tak tahu nanti, cuma aku mendokan semoga aku dikurniakan keluarga mentua yang baik hati dan menerima aku apa adanya :)

Memang susah, bila bercinta bertahun2 tapi kesudahannya tak kahwin. Ataupun dalam erti kata lain, perancangan kita tak menjadi. Ye lah, mana ada orang bercinta tak mahu kahwin kan. Kalau ada itu bukan bercinta, itu bersuka suka. Namun, kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan segalanya. Mungkin ada hikmahnya. Mana lah tahu, kot bila berkahwin nanti jadi terbecerai berai. Wallahualam la kan. jadi kita cubalah untuk redha walaupun berat untuk menerima. Aku ni cakap pandai lah. Esok kalau kena batang hidung kemek sendiri ni baru lah kau tahu aku menangis ke melalak. Semoga dijauhkan lah kan.

Bila jumpa ramai orang yang kahwin muda namun kebahagiaan tak panjang, maksud aku bercerai aku memang jadi terfikir2. Takut pun ada. Dimana silapnya, bila kahwin suka sama suka tapi penyudahnya cempedak jadi nangka. Kan tak syok tu. Kerja kahwin ni bukan nya pakai duit 2,3 ringgit. Makan tahun kumpul duit nak kahwin. Tapi macam tu pulak. Macam mana nasib anak2. Memang kesian. tapi, yelah mungkin ada hikmahnya. Kita doakan lah yang terbaik untuk mereka.

Ye, aku memang membebel panjang. Sebab aku jumpa macam2 jenis orang dah. Bercinta dengan orang lain, tup2 tunang dengan orang lain. Si kekasih yang tak jadi tunang ni beria la mempertahankan balak dia, kononya balak dipaksa bertunang. Oh my gucci, takkan la kau dipaksa bertunang dengan perempuan yang kau kenal. And kau bukannya anak dara tua ok. Kau lelaki yang normalnya kahwin umur 30 pun orang masih tak kisah.Kau baru 25tahun. Nak menipu pun agak2 la. Takde la logik sangat yang kau dipaksa bertunang. Tapi, kalau cerita tu betul aku mintak maaflah ye. Tapi, aku nak cakap sikit lah kat kekasih yang tak jadi tunang tu, dah ler.. hentikan lah kepercayaan kau kat balak tu.Dia bahagia2 bertunang dengan orang lain, kau sibuk makan hati. Lupakan je, cari orang yang lagi baik. Memang lah bukan senang, tapi Insyaallah kau mampu..

Oooiii.. sudah2 la Cik Dada membebel.Macam lah kau tu dah bertunang, kahwin bagai nak nasihat2 orang. Ye, aku tahu. Aku cuma menguatkan lagi peringatan untuk diri aku. Pikir masak2 sebelum ambik keputusan nak mengubah hidup kita..Semoga kita mendapat kebahagian yang diimpikan. Amin :P



Feb 5, 2010

Singkatkah perjalanan??

aku notice bila dah kerja ni agak kurang la keseronokan hidup.dah tak ada masa nak bersosial.maksud aku bersosial disini ialah untuk berjumpa kaum keluarga, rakan rakan taulan dan sahabat handai.memang aku tak cukup masa.weekend aku sangat sepi.memang la boleh balik time weekend.tapi kalau setiap weekend aku nak balik memang kopak tunggang terbalik la sebab gaji aku tak besar ok.
but, to be frank hidup aku lagi tak best sekarang sebab aku takde kawan yang ramai kat sini.tak macam masa studi.masa study weekend je boleh kuar meronggeng dengan my BFF.specially bila ada duit yang agak banyak.masa study dulu ada 200 pun dah rasa banyak kan??sekarang bila dah kerja,hmm..no komen.
sekarang life sunyi sepi.dah keje, tapi bila nak kuar takde membe.sebab kawan2 yang rapat pun semua jauh.takde yang sehati berdansa dengan aku.kalau ada pun memang ish..menyerabutkan dan tak sebulu langsung.
macam pagi ni.aku dah bangun awal.tapi takde hala tuju.wahh,terasa macam sangat tak bermakna hidup ni, sebab aku tak ada hala tuju.memang hampeh kan bunyinya.
pagi-pagi bangun mengadap otoromen.bior benor?macam dah zaman budak2 balik je kan..hahaha..series...ni betul2 berlaku.
tapi apakan daya.memang tu je yang aku mampu buat.
takpe la,hidup ni memang singkat.buatlah apa yang bahagia untuk kita.jangan cari pasal dengan orang cukup la kan?

apapun, aku memang rindu kawan2 aku..my besties..and my buddy..
all of you, u know who are u..
i miss you all damn much!!