Bagi aku bila kita memang dah berniat nak berumahtangga, kita sebenarnya telah mengambil keputusan dan sepatutnya bersedia untuk buat perubahan besar dalam hidup.Kahwin dengan seseorang bermakna kita juga berkahwin dengan keluarga mereka. Masalah la kan kalau kita ada masalah dengan keluarga pasangan kita. Alamak, berapa banyak masalah la. Maap la ye, semenjak jadi kauselor tak bertauliah aku memang dah biol.
Bagi aku, tak payah ambik risiko kalau kita dah tau family si dia memang tak boleh nak terima kita.Lebih2 lagi kalau si dia tu "anak mak/anak bapak". Paksa macam mana pun, kalau dah hati orang tu memang dah tak suka, memang tak suka lah. Iye, memang ada peluang nak menerima, tapi mungkin makan masa. Bukan apa, takut tak tertanggung peritnya bila dah kahwin nanti lain pulak ceritanya. Bila ada orang yang masuk campur, sibuk nak membuat keputusan dalam rumahtangga kau, sampai bila kau boleh sabar. Tambah kalau orang tu tak suka kau/kau tak suka orang tu. tapi, kalau menantu tu tak suka mentua memang melampau la jugak. Amboi, anak dia kau nak. Mak bapak dia sibuk pulak kau tak suka. Dasar anak hantu betul!
Restu ibu bapa ni memang penting dalam usaha kita nak melayari dan mengemudi rumahtangga. Bila dah ada bab tak suka ni, susah la. Banyak risiko. Kalau kau nak makan hati ulam jantung cicah budu nanti, silakan. Aku tak halang, cuma bagi pendapat. Nasib aku sendiri pun aku tak tahu nanti, cuma aku mendokan semoga aku dikurniakan keluarga mentua yang baik hati dan menerima aku apa adanya :)
Memang susah, bila bercinta bertahun2 tapi kesudahannya tak kahwin. Ataupun dalam erti kata lain, perancangan kita tak menjadi. Ye lah, mana ada orang bercinta tak mahu kahwin kan. Kalau ada itu bukan bercinta, itu bersuka suka. Namun, kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan segalanya. Mungkin ada hikmahnya. Mana lah tahu, kot bila berkahwin nanti jadi terbecerai berai. Wallahualam la kan. jadi kita cubalah untuk redha walaupun berat untuk menerima. Aku ni cakap pandai lah. Esok kalau kena batang hidung kemek sendiri ni baru lah kau tahu aku menangis ke melalak. Semoga dijauhkan lah kan.
Bila jumpa ramai orang yang kahwin muda namun kebahagiaan tak panjang, maksud aku bercerai aku memang jadi terfikir2. Takut pun ada. Dimana silapnya, bila kahwin suka sama suka tapi penyudahnya cempedak jadi nangka. Kan tak syok tu. Kerja kahwin ni bukan nya pakai duit 2,3 ringgit. Makan tahun kumpul duit nak kahwin. Tapi macam tu pulak. Macam mana nasib anak2. Memang kesian. tapi, yelah mungkin ada hikmahnya. Kita doakan lah yang terbaik untuk mereka.
Ye, aku memang membebel panjang. Sebab aku jumpa macam2 jenis orang dah. Bercinta dengan orang lain, tup2 tunang dengan orang lain. Si kekasih yang tak jadi tunang ni beria la mempertahankan balak dia, kononya balak dipaksa bertunang. Oh my gucci, takkan la kau dipaksa bertunang dengan perempuan yang kau kenal. And kau bukannya anak dara tua ok. Kau lelaki yang normalnya kahwin umur 30 pun orang masih tak kisah.Kau baru 25tahun. Nak menipu pun agak2 la. Takde la logik sangat yang kau dipaksa bertunang. Tapi, kalau cerita tu betul aku mintak maaflah ye. Tapi, aku nak cakap sikit lah kat kekasih yang tak jadi tunang tu, dah ler.. hentikan lah kepercayaan kau kat balak tu.Dia bahagia2 bertunang dengan orang lain, kau sibuk makan hati. Lupakan je, cari orang yang lagi baik. Memang lah bukan senang, tapi Insyaallah kau mampu..
Oooiii.. sudah2 la Cik Dada membebel.Macam lah kau tu dah bertunang, kahwin bagai nak nasihat2 orang. Ye, aku tahu. Aku cuma menguatkan lagi peringatan untuk diri aku. Pikir masak2 sebelum ambik keputusan nak mengubah hidup kita..Semoga kita mendapat kebahagian yang diimpikan. Amin :P
No comments:
Post a Comment