Oct 14, 2010

PHD


Aku pelik dan hairan sebenarnya. Kenapa dalam diri manusia ni kena ada perasaan hasad dengki aka PHD. Kenapa perlu nak membanding2 antara kita sesama insan. Sekiranya perasaan itu ke arah yang baik dan bagus memang lah wajar aku rasa.Contohnya membandingkan diri dalam pencapaian kerjaya mahupun pelajaran. Tapi kalau setiap semua benda dibandingkan, itu memang bukan untuk kemajuan kendiri. Itu namanya tak boleh tengok orang lebih dari diri.


Setiap dari kita kan sudah ada kelebihan yang Allah kurniakan. Rasanya tak perlu kita nak membandingkan apa si polan itu ada, apa si polan itu baru beli dan lain2. Kalau lah si polan tu lebih dari kita satu hal pulak nak kena pastikan diri juga dapat benda2 tu semua. Kalau si polan takde plak, mula lah timbul riak dalam diri.

Menjatuhkan seseorang, pulau memulaukan adalah antara sifat2 hasad dengki.
Apa gunanya kita bersifat demikian, kelak merana diri.
Ya Allah, kau jauhkan lah aku dari perasaan hasad dengki ini. Aminn..

Sesungguhnya entri ni tidak ditujukan pada sesiapa. Sekadar mengingati diri ini bahawa segala nikmat yang Allah berikan adalah pinjaman di dunia sementara. Allah boleh tarik bila2 masa. Jadi, tak guna kita riak atau berlagak dengan apa yang kita ada, tak perlulah juga berperasaan hasad dengki kerana perasaan sebegitulah yang menghancurkan umat Islam.






2 comments:

My MiRa said...

adat manusia zaman sekarang..tak boleh tengok org lain senang..payahnyer ada org begini

Cik Dada said...

itu lah. ade je yang dengki2 ni kan.dah la mendoakan yang buruk2 tentang orang. tak baik la macam tu.kita sesama manusia ni.kan sementara je didunia.tak gitu cik mira ? :P