Jul 2, 2012

Meeting di Swiss Garden

Dah lama, bertahun tak update belog ye?
Takpe lah, meh sini nak update sebab bosan dengar presentation meeting ni.
Apa orang Taiwan ni cakap pun tak tahu lah. Sepatah haram aku tak paham English dia.

Meeting ni adalah meeting distributor sebenarnya. Semua distributor dari Asia datang ke Kuala Lumpur ni, sebab tahun ni company nak buat kat KL. So, kitorang yang memang dah Malaysia ni takde lah gi mana mana. Sebab dah nama buat kat Malaysia je kan. Hahaha. Tapi masak jugak travel hari2 pagi2 buta.

Semalam sepatutnya start kul 9.00 pagi. Tapi 9.10 baru aku sampai Swiss Garden ni. Memang sakit hati, bawak kereta stress je. Sepanjang jalan jem. Keluar kul 7.00pagi dari rumah, pukul 9 lebih baru sampai. Memang sakit jiwa, mencabar gila duk KL ni bawak kereta. Patutlah ramai orang KL sakit jiwa, tensen jem agaknya. Aku memang jarang keluar pagi. Sebab keje dekat je kan. Masuk kul 9, pukul 850 baru keluar rumah.

Hari ni,, disebabkan ketensenan melampau semalam, bangun kemain awal. Pukul 5 dah bangun, siap2 kul 620pagi keluar rumah... Pun jemmmmmm. Adoyai nye pun. Tapi tak seteruk semalam la. Semalam 2 jam, hari ni sejam. Nasib sampai awal. Sebab memang paling awal pun buat presentation tadi. Hahaha
Sempatlah chamwhore sebelum mereka2 ni masuk bilik meeting ni. Chamwhore tu perlu.

Ok. Jap. Apa mat salleh ngan apek ni. Macam itik cakap ngan ayam. Sorang gini, sorang gini. Hahaha. Kesian diorang, susah nak communicate.

Meeting ni yang seronoknya, banyak makan. Hahaha. Tapi lunch semalam tak sedap langsung! Apa lah makanan, mahal tapi rasa tawar je. *Pandai komplen, masak tak pandai*
Ni dah kenyang macam badak sebab breakfast je diorang dah bagi buah, kuew tiaw goreng, kek pisang. pastu brunch tadi diorang bawak puff, dimsum. Ni jap lagi lunch buffet pulak. Haih. Aku yang dah gemuk ni, muka tambah petak la jawabnya. Ye la, dah nama bayar mahal kan. Haruslah bedal.

Esok ada seminar kat Putrajaya pulak. Tapi konfemlah, esok tak banyak macam hari ni makannya. Sebab esok kitorang just request makan pagi ngan lunch je. Tapi tetapppp lantak sampai menyandar.

Sekarang bosan, sebab ssorang2 perempuan. Apsal country lain semua hantar gentleman ni? Bosannn.
Oklah, orang dah tengok aku asyik menaip je. Disertakan gambar camwhore pagi tadi. Baiiiiiii!!!!!



Dec 6, 2011

Kita hanya merancang

Ya. Kita hanya merancang, Allah Maha Kuasa menentukan segalanya. Pesanan ringkas (sms) dari seorang teman (kami tak terlalu rapat namun ada perkara yang kami boleh kongsi bersama) petang tadi menggugat rasa tenang dalam jiwa. Bergelojak, berselirat dalam lubuk hati. Kelu.

"aku putus tunang, doakan yang terbaik untuk aku"

Rasa gusar dihati. Mana tidaknya. Baru 2minggu lepas dia bercerita tentang segala persiapan. Bertanya pendapat tentang itu dan ini. Tarikh hari bahagia sudah dirancang,barang barang hantaran separuh sudah dibeli. Rumah dikampung sudah diubah suai tanda besarnya hati ibu bapa anak sulung bakal menjadi permaisuri hati jejaka idaman. Sekampung sudah tahu. Tiba tiba langit berarak awan kelabu. Ya Allah, besarnya dugaan buatmu. Telefon pantas ku tekan nombor telefon milik sahabat itu. Tak berjawab. Mungkin dia perlu ketenangan buat dirinya.  Memahami, dalam masa yang sama aku ingin berkongsi kesedihan itu. Benarlah kata kata, Kita hanya manpu merancang Allah menentukan segalanya. Terlalu jauh perjalanan hidup dihadapan yang kita tak tahu onak ranjaunya. Semoga kita mampu menongkah arus, melawan segala badai yang kunjung tiba menghempas pantai.

Buatmu teman, aku mendoakan segalanya yang terbaik buat mu. Jangan menangis. Semoga ada sinar bahagia muncul selepas beraraknya awak kelabu. Insyaallah.

Oct 12, 2011

Tuan Tanah

Saja nak tempek muka tuan punya belog. Hahaha. Gedik kan. Muka sememeh, ada hati bajet retis. Jangan marah okey.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom

Oct 11, 2011

Luahan Rasa

Manusia ni ada saja yang tak sempurna tentang orang lain di mata dia kan? Dia mata dia, di hati dia hanya dialah satu satunya orang yang betul dan sempurna. Apa yang orang lain buat semua salah. Memang susah.

Situasi 1:

N: Awak sorang je lagi dalam ramai ramai kawan awak zaman sekolah rendah dulu belum kahwin. Bila nak kahwin?

Persoalan kat sini, siapa kita nak tentukan siapa yang kawin dulu atau lambat? Siapa kita nak bagitahu bahawa kita akan kawin giliran kelima dalam budak kelas sekolah rendah. Hello, tolong lah bawak berpikir sikit. Agak agak kau lah, orang tu suka ke kau tanya pasal kenapa dia tak kahwin lagi. Lebih lebih kalau dia perempuan.

Situasi 2 :

J : Bila nak ada anak ni, kahwin dah 2 tahun.
Bila nak tambah anak lagi? Anak kau yang tu dah besar dah.

Ya Rabbi. Biarlah dia nak planning ke apa. Ntah ntah la dia ada masalah kewangan. Nak bagi stabil dulu ke hape. Kau sibuk apa hal? Kalau dia susah nanti kau tolong? Ke kau biar, lantak dia la nak tertunggang terlingkup sekali? Jangan lah sibuk tanya soalah yang tuan punya badan pun susah nak jawab. Mungkin soalan tu sensitif buat dia. Peka la sikit. Jangan pekak, buta tuli.

Banyak lagi situasi sebenarnya. Susah nak memuaskan hati setiap orang. Sebab mereka susah nak puas hati. Ada je yang tak kena. Yang peliknya, hal sendiri takde lah sempurna mana. Tapi, sibuk lah nak ambik tahu hal tepi kain orang lain. Kalau boleh siap nak selak kain orang tu kan?

Tak ada pun niat nak tuju buat sesiapa. Tapi, kita ni sesama manusia, sama sama la mengingati, tak ada manusia yang sempurna. Dan ada masa, perjalanan hidup tu tak seperti yang dijangka. Sebab kita tak tahu apa yang Allah atur untuk kita. Cuma kita mampu doa yang terbaik untuk kita.

Cukup cukup lah tanya bila aku nak kahwin. Aku nak, cuma mungkin jodoh belum sampai. Allah mengetahui segalanya. Sementara masih single, biarlah aku nikmati keindahan hidup ini sebaiknya.

Chill :)






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom

Testing

Adakah kehandalan bakal terbukti? Ahahaha. Baru nak belajar post pakai blekberi. Orang lain dah berkurun pandai hokeyyyy..

Ingatan tulus ikhlas,
Cik Dada
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jul 25, 2011

Puasa

Puasa pun belum. Tapi semua dah sibuk dengan raya. Aku lah tu.
Lumrahlah kan, manusia lagi prefer persiapan awal konon nanti bulan puasa dah tak payah sibuk2 nak pikir pasal raya. Padahal, ke sudah jugak. Sampai malam raya sibuk pikir, juadah hari raya. Baju raya pertama yng mana. Kedua yang mana. Kadang2 orang tua lagi excited dari budak budak. Ye, budak mana reti. Yang dia tahu tiap hari raya untuk dia.

Aku sesak napas tahun ni. Rasa macam wahhh cepatnya dah nak raya balik. Macam baru lagi aku tukar duit raya tahun lepas. Hahaha. Tahun ni taknak bagi duit raya aci? Motip? Kau pikir bebudak tu tau la kau ada duit takde duit?

Cuma aku harapkan ramadhan kali ni membawa erti yang lagi bermakna buat aku. Insyaallah. Dan aku juga amat berharap puasa kali bi aku dapatlah turunkan berat aku ni. Tolong lah shahida, kau dah macam dugong dah tau. Dugong tengok kau pun ngeri. Aku pun tak tahu nacamana dah nak diet. Itu tak jadi, ini tak jadi. Aduhai. *memang dasar makan banyak, ada je la alasan kau*

Aku rasa aku kena pergi kem tahanan baru boleh kurus. Susah nak displinkan diri bab2 makan. Sehari dua okey lagi, tapi bula start sehari aku skip memang naya. Nak pakai korset segala bagai tu aku belum mampu. Dan juga, aku tak pasti lah kalau aku pakai memang konfem ke boleh kurus kalau pakai. Sebab aku ni bangsa kuat menkendarah. Malas eksesais tu memang satu hal dah. Aku lagi rela mengadap cerita korea dari turun jog seround dua. Apakah yang harus aku lakukan?

Sudah. Dari mengadap benda ni baik ko pergi eksesais sekarang shahida!

Jun 20, 2011

Kebuk Wasap

Aku sibuk sungguh sekarang. Sampai berkebuk belog ni aku tinggalkan. Jengah cuma sekali sekala. Betul aku sibuk. Tak tipu.

Nak jumpa kawan2 pun kena pandai curi masa. Balik kampung apatah lagi. Susah bebenor. Jangan orang tua kecik hati dah la aku jarang balik. Sebulan cuma sekali. Idea nak tulis kadang2 datang bergerombolan. Tapi cuma disaat aku sibuk menguruskan kerja2 ofis yang memang tak pernah nak habis. Bila aku duduk, ketik keyboard memang idea tu tersekat. Macam longkang penuh sampah. Tak datang. Hampeh.

Perancangan sekarang banyak. Aku nak buat macam2. Tapi masa membataskan. Ingat nak belajar menjahit, tapi belum ada masa nak usha kat mana ada kelas yang available untuk weekend. Aku takut nanti bila ada, aku pulak yang sibuk melampau mengalahkan Perdana Menteri. Susah dan payah.

Cuma aku mengharapkan kalau pun sesibuk mana aku tak lupa diri. Ha! apa kaitan sibuk dengan lupa diri? Kau memang pening lalat. Tak ada kaitan pun. Kah kah kah. Saja bagi ingatan, jangan lupa diri. Jangan lupa mak ayah. Jangan tersasar dari landasan sebenar.

Sekarang aku tengah sibuk cari assistant. Macamkan lah pangkat kau besar sangat nak assistant segala. Tak. Aku perlu ada orang tolong untuk uruskan simple things supaya aku ada masa nak tumpu pada yang lain. *Dan juga ada masa nak berblogging balik* Alasan tu tak boleh bagitau bos. Hahaha. Tapi aku susah nak buat pilihan. Macam2 jenis resume yang masuk. First impression tu penting bagi aku. kalau kau dah letak gambar ala ala myspace kat resume, aku automatik jugde kau tak serius. Tak tau kenapa. Kenapa perlu letak gambar macam tu. Tolong jawab.

Mungkin aku ada pengalaman buruk yang mana assistant aku lari tanpa notis. Tetiba je, resign. Memang haprak la. Kau ingat company bapak kau punya? Takkan marah sikit kau terus nak lari? Kalau macam tu sampai bila2 pun kau takkan dapat kerja dengan baik. Terima teguran orang akan bantu kau jadi lebih baik. Marah, memang aku marah. Sebab sekelip mata kerja aku jadi dua kali ganda. Aku terpaksa balik umah malam. Pending work aku bertambah2 sampai ke sudah tak clear tray aku. Tapi, apakan daya. Nak tak nak aku kena cari assistant baru, supaya aku dapat lupakan trauma aku tu. Semoga aku berjaya!

Aku harap blog aku takkan berubah jadi kebuk wasap mahupun kaki retort. Aku harap.
*harap saja tak bermakna, kau kena usaha Shahida!*