Jun 27, 2009

Alam Baru

Hi semua..
ceh.bajet ramai la yang baca belog.
padahal sendiri tulis sendiri jugak baca.
hmm..aniway,Cik Dada dah berada di alam baru.
aha!bukan la maksudnya sudah bertunang atau berkahwin.
maksud alam baru disini,Alam Pekerjaan..
mungkin agak lambat jika dibandingkan dengan kawan2 sebaya Cik Dada.
tapi ok lah, aku tak menganggur lama selepas belajar.
Alhamdullillah..

sangat lah penat.
almaklumlah,Cik Dada ni berhijrah dengan komuter.pastu bas pulak.
Dari Kepong ke Cheras.
bayangkan lah..betapa jauhnya.
huhuhu..
time pergi dengan balik memang kena berebut2.
kejanya tak de la penat.
sangat la rileks.
sebab takde tekanan.
boleh la,cari makan.

sekarang barulah terbayang.
susahnya nak cari rezeki sendiri.
barulah tahu nak menghargai,susahnya mak bapak cari duit nak sekolah kan aku.
huu.ini sesi muhasabah diri la kira.
ok.
memang patut pun kan.

sebab tu lah sekarang agak susah Cik Dada nak hapdate belog.
kadang2 balik kerja terlalu penat.
sampai tak sempat nak sapu habuk atas laptop.
apetah lagi untuk on kan laptop dan hapdate belog.
wah.Cik Dada berjaya menimbulkan metafora dan hiperbola sebagai alasan taknak hapdate belog.
memang melampau.
=)

saya sangat berharap akan mendapat kelebihan masa supaya dapat menhapdate belog dengan kerap.
hehehe...

Jun 19, 2009

Harap Maaf

Cik Dada mintak maaf..
sekarang tak boleh nak menghapdate belog.
bizi dan penat melampau..
nnt ade masa Cik Dada citer k..
taking care..
bubyye~

May 27, 2009

Tajuk in Progress...

ya.hari ni hari khamis.
bosan la pulak.rasa lambat benor minggu ni.
selama ni time aku banyak keje bukan main la cepatnya hari berlalu..

oleh kerana agak dah lama tak pos entri,cehh bajet ade orang nak bace belog kau!
tak kisah la.
aku menulis bukan kerana nama.
kerana aku suka.
=)

baru ni ke melaka.
pergi present final.industrial training.
harap aku takkan ke melaka lagi.
maksudnya pergi untuk tujuan sebegitu.
malas dah rasanya.
kalau pergi pun biarlah dengan nawaitu lain.
hahaha...

hari tu aku terajin pulak.
check baki pinjaman.
wah.terkejut mak!
banyak gila.
bila masa aku pinjam banyak 2 ni.
yuran punya la mahal UniKL ni.mak aii...RM 60,851.40
boleh buat kawin nii...
haih..banyaknya hutang.
harap2 nanti dapat la pengurangan..
(ada hati!!)

sekarang ni ramai yang tak sihat kan.
ye la,cuaca pun kurang ok..
ekonomi lagi la kurang ok.
tu yang buat lagi ramai tak sihat.
harap2 aku cepat la dapat keje.
biar cepat sikit ekonomi rumahtangga aku stabil.

akhir2 ni banyak jugak gossip liar.
kat frenster mahupun facebuk.
gosip cakap aku dah nak tunang.
wahh..ni ke cincin tunang aku?
bila aku tunang??
tetttt!!!!!!!!

haih.memang cita2 nak tunang.
tapi takde orang nak pinang.
hahaha!!
bukan2..silap.
aku lom bersedia sebenarnya.
Mr J.maafkan saya.
tunggu eh.
hehehe.. =)

ok la,aku dah tak tau nak bebel ape.
oleh kerana rasa diri makin gomuk sekarang,
aku nak g exersice.basuh baju.
kurangkan lemak dilengan.
ok ke?
gemuk kan??
bukan double chin..
nih dah triple chin.
huhuhu..
tolonglah.bagi aku kurus!!
chow sin chi~~

May 21, 2009

Flip Flap

saya sekarang berada di bilik berita Kuala Terengganu.
wee...
maksudnya berada di kampung.
ye,bila kadang kadang balik kampung baru rasa feelnya kan?
seronok.boleh makan apa yang kita teringin nak makan masa berada jauh dari kampung.
boleh bermanja manja(dis one memang kenot go kan)
banyak lah ko punya manja!
penyepak nak?
;0

entri kali ni bukan lah nak sebut pasal benda baru.
saja,tiba tiba terfikir,kenapa orang minat sangat benda ni.
rasanya kalau siapa yang ada menda alah ni mesti tau flip flap tu.
memang dah lama aku tengok.comel.
ye lah boleh bergerak2,joget joget gedik.
hahaha.
tapi tak sangka rupanya menjadi hot item.
boleh kata siapa yang ada kereta, terutama golongan muda mesti ada lah benda ni.


siyes benda ni hot kan??
apa yang buat aku cakap benda ni hot?
oleh kerana aku ni rajin sangat,rasa macam berminat nak aplikasi ilmu hisab yang aku dah belajar berkurun lama.
maka, di suatu hari yang indah permai,bila berada di jalan raya,
Cik Dada dengan rajinnya telah mengira kereta yang ada menda kiut ni.
dan selepas di analisis, dalam masa 20 minit dijalan raya,
ada 55 buah kereta, yang melepasi aku ada mende nih.
wah,pencapaian menarik.
benda ni memang hit the market.
sah sah yang buat benda ni dah kaya raya.
kan?
persoalannya,kenapa benda ni hot??
ada sape sape boleh jawab??
(*_~)

May 14, 2009

Mode:Emo

huwaaaaaaaaa...........
semua orang dah dapat kerja.
camane ni??????????
aku apehal???

Love Is Love Is Not Anything Else..

bila tak kerja sebenarnya sangat bosan.
sebab aku akan tido dan selalu bangun lewat,sampai ada yang call banyak kali marah sebab tak bangun lagi.
hmm orang tu mesti tahu dia sape.
haih.ape pun perangai itu sangat tak elok ok! Cik Dada.
sila belajar bangun awal.

oleh sebab tak ada kerja yang tersangat,jadi mencari kerja tu kadangkala jadi kerja wajib bagi orang macam aku rite.
so,dengan bersemangat waja,aku pun nak la pergi interview.
pagi pagi dah bangun tau.
tapi bila sampai sana.
wahh..OMG!!
ramai nye orang. banyak sangat ke kerja kosong sampai orang pulon tahap petala ke lapan ramainya?damn.sungguh terkejut.
dan dalam masa yang sama meranapkan semangat aku juga.
aku memang tak sempat la nak snap gambar.dah orang tengah ramai.kang kalau aku snap ade plak yang mungkin cakap,

"minah ni apehal.gila ke sewel snap2 gambar.orang sibok nak interview ko sibok nak amik gambar apehal??"

itu mungkin ok.aku tak kata mesti.mungkin..

ya.oleh sebab aku rasa tak sanggup nak tunggu dan dalam masa yang sama tak berapa konfiden nak dapat,jadi aku pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah.ceh!

setelah berfikir ape nak buat hari ni,(sebab dah bangun awal ok!,kalau tak aku mesti tak fikir),jadi keputusan sebulat suara,ye takkan sepetak suara pulak.aku nak pergi berjimba di OU.
sebelum tu aku temankan la kawan aku g TTDI,dia nak ke celcom centre.
buah langsat tak payah cakap ok.memang sentiasa asa kalau aku ni kemana mana sekitar KL ni.
sebab aku bukan orang sini.heh,hampeh.

oooooo....ko g OU tau plak jalan!
hahaha...

so,bila sampai OU aku pikir lagi nak buat ape ni?
maka aku pun berkata la kat kawan aku
"tgk wayang jum?"
"citer ni cam best" (sambil menunjuk ke arah skrin yang tengah tunjuk trailer citer tu)

ekceli,aku tak tau pun pasal citer tu.tapi tak tau la,cam tertarik.
hehehe..
citer ape?
citer ni la..Sell Out: Art is Hard.
damn best!gelak je kerjanya.
hehehe..cerita ni cerita cina malaysia.tapi cakap omputih la.
sikit sikit je cakap melayu.
so,sape sape yang rasa nak tgk muvie,pegi la tgk citer ni.
tak payah tengok Xmen tak besh..
hahaha..jahat tak aku?
sebab aku memang tak suka cerita macam tuh!

Love is Love..is not enything else..
hahah..aku dapat dari filem tu la.
so.cekidout okeh.
btw,nama heroin dia Rafflesia Pong.
ceh,pinjam nama aku tak bagtau.
hampeh la.
Oii Cik Dada...udah udah ler tuh perasan bebenor..
shuhh...pegi mandi!!!

May 12, 2009

Panas!!

jari jemari rasa sangat penat.
haiih...
ini semua gara gara menulis report dalam log book micet yang menyibok tu.
tapi ada hati nak berblogging lagi.
memang semua bloggers macam tu kot eh.
addicted dengan blog.

bila ya pemanasan global ni nak habis.
panas yang teramat sangat sekarang.
tapi macam mana nak habis kalau tiap2 hari pun kita guna benda yang menyebabkan global warming ni kan?
kesian la kat bear ni kalu ye pon tak kesian kat diri sendiri.
jadi meh la kita sama sama menangani global warming.
hahaha..
kalau tak panas,mesti tak mau hengat jugak kan?



tubuh pun terasa penat sangat.
dah macam macam cara duduk,terguling,meniarap,semua ada.
dah macam Astro dah.macam macam ada.
ya.penat yang tahap giga.
do i really need vacation?
tsk.