Nov 13, 2008

Aku Suka...Aku Tak Suka

Oleh kerana hari ni sangat lah boring,aku nak menyenaraikan apa yang aku suka dan aku tak suka pada diri sendiri.Boleh tak?Mesti la boleh sebab aku tak memuja dan mengutuk diri orang lain..Diri sendiri pun salah ke?=)

Perkara
2 yang aku suka pasal diri aku:

1) Sense of Humor
Chewah..biar la orang nak cakap aku perasan ke hape ke,tapi aku tahu aku mempunyai sense of humor yang agak tinggi.Tapi tak tau la kalau masuk raja lawak menang ke tak.Mungkin tak, sebab Nabil ada Kak Jah..aku takde..Tapi, korang harus admit bahawa aku memang boleh buat orang gelak.Biarpun its just a sentence..

2) Baik Hati
Yee..saya seorang yang baik hati.Aku tak sampai hati nak balas balik ape yang orang buat kat aku.Mula2 orang buat,berkobar-kobar jugak la perasaan nak membalas..Tapi mesti tak jadi sebab bila setat nak buat mesti hati aku berkata,biar lah dia..Tak baik...huhuhu..Baik tak aku?
Boleh la kan..(+_+)

3) Penyayang
Aku ni cepat sayang orang.Even baru kenal, mesti sayang nak lepaskan orang tu,lebih2 lagi kalau dia agak ok,tak banyak kerenah.Its hard to let u go..Kalau yang kenal aku mesti tahu aku ni tak suka kucing, actually aku tak suka binatang yang berbulu;Kucing, Hamster, Arnab dan yang sewaktu dengannya..Pantang betul. Kalau anak kucing lagilah,mau aku menjerit sekampung dengar kalau ada yang saje2 nak usik aku. nak dijadikan cerita, masa aku duk umah sewa baru ni, ada la housemate aku yang Pencinta Kucing.Siap bela kucing kat rumah tu.Memang aku agak menyampah sebab geli..Tapi disebabkan perangai penyayang aku ni, (ayat tak bley bla kan?), aku pulak yang caring terlebih. Bila aku kat hostel, aku akan call tanya; "Dayah, Pojan(nama kucing tersebut yang aku beri) dah makan ke hari ni?" hahaha...aku pulak rasa kelakar.camane ye,tak suka kucing tapi boleh tanya kucing dah makan ke belum?
;P

4) Peramah
Siyes,yang ni tak tipu.Aku memang peramah.Even cousin2 aku pun cakap, dalam adik beradik aku je la yang banyak cakap dan boleh di bawak beramah tamah..hehehe..tak tau la kenapa.Aku boleh bercakap dengan sesiape je.Cuma mungkin baru kenal malu malu taik kucing la skit.Tapi kejap je aku dah boleh ok.Tapi kadang2 aku penat gak, sampai terpikir bila mulut aku nak berhenti bercakap? Cuma kalau kadang2 aku tak banyak cakap tu maknanya aku ada benda yang mengganggu fikiran..=)

Ok.cukup masuk bakul angkat sendiri ye..Sekarang kita ke isu seterusnya apa yang aku tak suka tentang diri aku.

1) Cerewet
Tak la semua benda aku cerewet, tapi terlebih mengada sebenarnya. Aku ni pantang kalau ada orang komplen.Mula la emo. Contohnya, aku sedang bersiap untuk ke kelas. Bila dah siap,complete bertudung..Let say ada orang yang tegur, "eh,ko nampak cam pelik r ngan baju tu". Siyes aku akan tukar baju disaat tu jugak. Not even baju, kadang2 handbag pun jadi hal. Susah sebenarnya. Kawan2 yang dah tau penyakit aku, akan hanya bersetuju dengan aku kalau aku mintak opinion sebab mungkin diorang tak sanggup nak tunggu aku bersiap lagi..hahaha..

2) Terlebih Pikir
Kadang2 benda kecik je,tapi aku pikir sampai jauh ke kutub utara. Mula la nak menyusahkan diri, pikir benda yang boleh buat emosi terganggu. Aku pun tak tahu la kenapa.Bukan tak cuba berubah.Tapi dah sebati dalam diri kot. Ramai gak yang perasan dan komplen, cukup lah tu menyusahkan diri. Tapi aku ni memang tak gheti bhasa kot. Ok kejap, pastu buat balik. Kadang
2 benda tak logik pun aku nak pikir..hiss..susah..kan?

3) OVER Sensitive
Yes!aku memang over react.Tengah borak2 dengan mak pun tiba2 bergenang air mata. Tak paham sungguh aku. Kalau benda yang betul2 buat aku terasa lagi la.Boleh meraung raung dibuatnya. Manja sungguh.Pelik tapi benar.

4) Tabiat tidur yang kurang ok
Hehehe..ini memang tak boleh nak ubah dah rasanya. I need a lot lots of pillow to make me sleep. Sekarang ni aku tidur dengan 3 bantal, 2 bantal peluk, 1 patrick, 2 bantal kecik dan 1 bear.
Wahh..bnyk kan? Memang penuh katil aku. Kalau takde memang payah gile nak tido. Memang wajib, kena ada bantal untuk tutup muka, bantal untuk letak kaki, bantal kat kiri dan kanan. Dan aku juga takkan boleh tidur kalau tak berselimut. Even siang hari yang panas gila pun aku mesti berselimut. Kalau tak memang tak boleh. Aku tak tau la bila dah kahwin nanti mane nak letak laki aku..dah tak muat katil..sorry sayang =)

5) Boros
Saya agak boros.Memang kurang arif untuk menyimpan dan menabung. Yang aku reti simpan duit syiling je. Mak aku pun cakap aku ni boros. Kalau pergi mana2 mesti ada je barang yang dibeli. Pastu balik menyesal sebab benda tu tak penting pun. Tapi sekarang ni rasa macam dah kurang sikit. Tapi,aku rasa sekarang aku ada penyakit baru.Online shopping..;)

Well,banyak sebenarnya kekurangan diri.Yang perlu dibaiki.Apa pun, terimalah aku seadanya..Ececece...Btw, ada sesiapa ada cara utuk mengubah ape yang aku tak suka pasal diri aku?




3 comments:

Einaz Shah Rizal Thomas said...

ienaz ad bg lgu utk ue..
look at my page
=D

Nadiah Suhaidi said...

bab peramah tuh memang sah la. hehe. n pasal bantal2 tuh.. wah!! kalo nak kasi adiah senang kasi bantal je kat cik dada nih..kan? :P

Cik Dada said...

haha...
nad nak bg hadiah bantal..
best2..
=)