Mar 2, 2011

cubaan keseribu

kalau nak ikutkan banyak je cerita yang nak dikongsikan kat sini. tapi bila time idea menulis tu datang mesti aku kata tunggu dulu, nnt aku tulis. sudahnya memang berkepam la blog aku ni. takde cerita yang memberi info langsung. tp takpelah sebab aku rasa takde lah yang nak baca apa yang aku tulis pun. kau memang poyo diva shahida oiii!!!

dah banyak kali dah aku ikrar berani mati nak hapdet blog. tapi kim salam. sampai kesudah takde hape. sekarang ni, nak kata kerja banyak taklah jugak. sebab awal tahun, so kerja pun baru nak start. tapi, biasa la ku memang ppemalas. laptop pun seminggu sekali je aku on. memang malas tahap babun kan? takpe, akan ku cuba rajin selepas ni.

apa lagi nak mengarut? takde cerita menarik. nanti aku mengarut lagi ok. bai!

Jan 27, 2011

Pengikut Tegar

Sesetengah orang kata stalker. Aku tak nak la kata stalker sbb aku tau benar siapa dia.tapi, bagi aku kalau dia suka sgt kat aku pun,tak kan la setiap yang aku buat dia nak ikut kan..agak2 la..sebab aku jadi rasa kau bukan suka..tp kau dengki. Boleh?

Every single thing yang aku ada kau nak ada.apahal? No, aku bukan bagus untuk kau ikut. Bukan teladan yg baik pun. Esok esok kalau aku terjun masuk longkang pun kau nak ikut ke? Biarlah kau ada keyakinan diri.buat benda sbb kau rasa kau nak buat. Jangan ikut aku boleh x?

Dah ramai aku jumpa orang macamni..tapi tu la, bila kau dekat dgn aku, aku taknak nnt aku naik menyampah dengan kau. Apa la faedahnya kau ikut aku pun.

Actually takde lah semua benda dia ikut. Tapi aku rasa macam semua benda dia tiru (eh, ke aku perasan??) . Tak nak la cakap apa.. Cuma, kepada org2 mcm ni berubahla.. Jangan ikut orang je..

Maaf entri ini berbaur emosi..Sebab aku dah hampir tak boleh tahan. Kau boleh follow aku kat twitter..tapi jangan "follow" aku..ngerti?? Bai!!
Published with Blogger-droid v1.6.6

Jan 23, 2011

Ada ke Orang Nak Kau?

Situasi : Di sebuah warung di petang hari

J: Eh, kau dah kawin ke?

P: Belum lagi, raya cina ni aku kahwin.

J: ooo..ingatkan dah kawin. Hari tu ko cuti lama, bertunang eh?

P: eh, takde lah. aku bertunang bulan 12 aritu.

J: Ooooo... Ada ke orang nak kat ko eh? Macam tak percaya je aku kau nak kawin.

P: *gelak muka merah*


Kot ye lah rasa orang tu tak lawa dimata kau, tapi berlapik lah sikit cakap tu. Kita kan orang melayu. Ada adab dan adat. Apa perasaan kau bila orang cakap macam tu kat kau. Siapa lah kita nak mempersoalkan hal jodoh yang ditentukan Ilahi. Apa orang cantik je ke berhak kahwin. Kesian la kawan tu, terkesima tak boleh nak jawab bila kau tanya macam tu.

Bagi aku, soalan tu memang kejam. Lagi kejam dari Adolf Hitler. Tak baik guris perasaan orang macam tu. Mesti dia rasa tahap keyakinan jatuh merudum saat soalan tu ditanya.
tak semua orang cantik atau hensem je ada orang nak. Sebab keistimewaan seseorang tu lain orang lain penilaiannya. Mungkin kau nampak dia kurang cantik. Tapi, dah pakwe dia berkenan pada sesuatu nilai yang ko tak nampak, apa kau kisah?

Memang aku kurang berkenan cara mamat tu tanya minah tu. Sebab tu aku tak letak L instead of J. Bukan jejaka okey, Jantan! Dah sah sah kau tu takde lah rapat sangat dengan perempuan tu, sebab kau tak de lah tau exactly bila dia bertunang dan kahwin. Tapi kau main lepas mulut je tanya soalan tak ditapis lembaga penapisan soalan maut. Memang tak beragak.

Jangan esok-esok orang tu dah beranak pinak, kau belum kahwin2. Baru masa tu kau sedar "ada ke orang nak kat aku?"

Setiap manusia dilahirkan berpasang pasangan. Berdoalah semoga kita mendapat pasangan yang terbaik untuk kita.


Dec 23, 2010

Aku terkesima

Situasi tengahari semalam di Putrajaya

Dia : Awak dah kahwin?

Aku: Belum :)

Dia: Kenapa belum?Jangan sia sia kan masa muda. Sekarang trend orang kawin muda muda. Nanti dah tua susah...

Aku : *erk*


Bukan aku taknak kawwin. Tapi belum sampai seru, jodohnya macam mana pakcik oiii...Takkan aku nak main sebat je. Silap besar lah aku kahwin kalau disebabkan desakan orang.

p/s: jangan lah tanya aku pasal kahwin. Aku takde lah tua sangat lagi :))

Oct 24, 2010

Nikah Kahwin

Lately ni aku rasa ramai sangat yang bercerita kat aku pasal masalah diorang. Mungkin aku patut amik kaunseling dulu.Aku tak tahu kenapa aku selalu menjadi perantara orang yang menghadapi masalah rumahtangga / percintaan sekarang. oh ya, semestinya aku bukan Dr Love. Aku cuma mampu memberikan pandangan je lah kan. Dari my point of view la. So, nak ambik ke tak its up to you. Aku tak paksa, larang pun tidak. Memang lah dalam bercinta / berumahtangga banyak dugaan, cabarannya. Apa penyudahnya kita semua memang tak pasti,bergantung pada cara kita membuat keputusan.

Bagi aku bila kita memang dah berniat nak berumahtangga, kita sebenarnya telah mengambil keputusan dan sepatutnya bersedia untuk buat perubahan besar dalam hidup.Kahwin dengan seseorang bermakna kita juga berkahwin dengan keluarga mereka. Masalah la kan kalau kita ada masalah dengan keluarga pasangan kita. Alamak, berapa banyak masalah la. Maap la ye, semenjak jadi kauselor tak bertauliah aku memang dah biol.

Bagi aku, tak payah ambik risiko kalau kita dah tau family si dia memang tak boleh nak terima kita.Lebih2 lagi kalau si dia tu "anak mak/anak bapak". Paksa macam mana pun, kalau dah hati orang tu memang dah tak suka, memang tak suka lah. Iye, memang ada peluang nak menerima, tapi mungkin makan masa. Bukan apa, takut tak tertanggung peritnya bila dah kahwin nanti lain pulak ceritanya. Bila ada orang yang masuk campur, sibuk nak membuat keputusan dalam rumahtangga kau, sampai bila kau boleh sabar. Tambah kalau orang tu tak suka kau/kau tak suka orang tu. tapi, kalau menantu tu tak suka mentua memang melampau la jugak. Amboi, anak dia kau nak. Mak bapak dia sibuk pulak kau tak suka. Dasar anak hantu betul!

Restu ibu bapa ni memang penting dalam usaha kita nak melayari dan mengemudi rumahtangga. Bila dah ada bab tak suka ni, susah la. Banyak risiko. Kalau kau nak makan hati ulam jantung cicah budu nanti, silakan. Aku tak halang, cuma bagi pendapat. Nasib aku sendiri pun aku tak tahu nanti, cuma aku mendokan semoga aku dikurniakan keluarga mentua yang baik hati dan menerima aku apa adanya :)

Memang susah, bila bercinta bertahun2 tapi kesudahannya tak kahwin. Ataupun dalam erti kata lain, perancangan kita tak menjadi. Ye lah, mana ada orang bercinta tak mahu kahwin kan. Kalau ada itu bukan bercinta, itu bersuka suka. Namun, kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan segalanya. Mungkin ada hikmahnya. Mana lah tahu, kot bila berkahwin nanti jadi terbecerai berai. Wallahualam la kan. jadi kita cubalah untuk redha walaupun berat untuk menerima. Aku ni cakap pandai lah. Esok kalau kena batang hidung kemek sendiri ni baru lah kau tahu aku menangis ke melalak. Semoga dijauhkan lah kan.

Bila jumpa ramai orang yang kahwin muda namun kebahagiaan tak panjang, maksud aku bercerai aku memang jadi terfikir2. Takut pun ada. Dimana silapnya, bila kahwin suka sama suka tapi penyudahnya cempedak jadi nangka. Kan tak syok tu. Kerja kahwin ni bukan nya pakai duit 2,3 ringgit. Makan tahun kumpul duit nak kahwin. Tapi macam tu pulak. Macam mana nasib anak2. Memang kesian. tapi, yelah mungkin ada hikmahnya. Kita doakan lah yang terbaik untuk mereka.

Ye, aku memang membebel panjang. Sebab aku jumpa macam2 jenis orang dah. Bercinta dengan orang lain, tup2 tunang dengan orang lain. Si kekasih yang tak jadi tunang ni beria la mempertahankan balak dia, kononya balak dipaksa bertunang. Oh my gucci, takkan la kau dipaksa bertunang dengan perempuan yang kau kenal. And kau bukannya anak dara tua ok. Kau lelaki yang normalnya kahwin umur 30 pun orang masih tak kisah.Kau baru 25tahun. Nak menipu pun agak2 la. Takde la logik sangat yang kau dipaksa bertunang. Tapi, kalau cerita tu betul aku mintak maaflah ye. Tapi, aku nak cakap sikit lah kat kekasih yang tak jadi tunang tu, dah ler.. hentikan lah kepercayaan kau kat balak tu.Dia bahagia2 bertunang dengan orang lain, kau sibuk makan hati. Lupakan je, cari orang yang lagi baik. Memang lah bukan senang, tapi Insyaallah kau mampu..

Oooiii.. sudah2 la Cik Dada membebel.Macam lah kau tu dah bertunang, kahwin bagai nak nasihat2 orang. Ye, aku tahu. Aku cuma menguatkan lagi peringatan untuk diri aku. Pikir masak2 sebelum ambik keputusan nak mengubah hidup kita..Semoga kita mendapat kebahagian yang diimpikan. Amin :P



Oct 14, 2010

PHD


Aku pelik dan hairan sebenarnya. Kenapa dalam diri manusia ni kena ada perasaan hasad dengki aka PHD. Kenapa perlu nak membanding2 antara kita sesama insan. Sekiranya perasaan itu ke arah yang baik dan bagus memang lah wajar aku rasa.Contohnya membandingkan diri dalam pencapaian kerjaya mahupun pelajaran. Tapi kalau setiap semua benda dibandingkan, itu memang bukan untuk kemajuan kendiri. Itu namanya tak boleh tengok orang lebih dari diri.


Setiap dari kita kan sudah ada kelebihan yang Allah kurniakan. Rasanya tak perlu kita nak membandingkan apa si polan itu ada, apa si polan itu baru beli dan lain2. Kalau lah si polan tu lebih dari kita satu hal pulak nak kena pastikan diri juga dapat benda2 tu semua. Kalau si polan takde plak, mula lah timbul riak dalam diri.

Menjatuhkan seseorang, pulau memulaukan adalah antara sifat2 hasad dengki.
Apa gunanya kita bersifat demikian, kelak merana diri.
Ya Allah, kau jauhkan lah aku dari perasaan hasad dengki ini. Aminn..

Sesungguhnya entri ni tidak ditujukan pada sesiapa. Sekadar mengingati diri ini bahawa segala nikmat yang Allah berikan adalah pinjaman di dunia sementara. Allah boleh tarik bila2 masa. Jadi, tak guna kita riak atau berlagak dengan apa yang kita ada, tak perlulah juga berperasaan hasad dengki kerana perasaan sebegitulah yang menghancurkan umat Islam.






Oct 12, 2010

Saat itu

Ada kala hari yang kita lalui terasa pendek.
Ada kala hari yang kita lalu terasa panjang.
Ada hari yang sukar untuk kita


dan hari ini terasa sukar untuk aku.