May 14, 2009

Love Is Love Is Not Anything Else..

bila tak kerja sebenarnya sangat bosan.
sebab aku akan tido dan selalu bangun lewat,sampai ada yang call banyak kali marah sebab tak bangun lagi.
hmm orang tu mesti tahu dia sape.
haih.ape pun perangai itu sangat tak elok ok! Cik Dada.
sila belajar bangun awal.

oleh sebab tak ada kerja yang tersangat,jadi mencari kerja tu kadangkala jadi kerja wajib bagi orang macam aku rite.
so,dengan bersemangat waja,aku pun nak la pergi interview.
pagi pagi dah bangun tau.
tapi bila sampai sana.
wahh..OMG!!
ramai nye orang. banyak sangat ke kerja kosong sampai orang pulon tahap petala ke lapan ramainya?damn.sungguh terkejut.
dan dalam masa yang sama meranapkan semangat aku juga.
aku memang tak sempat la nak snap gambar.dah orang tengah ramai.kang kalau aku snap ade plak yang mungkin cakap,

"minah ni apehal.gila ke sewel snap2 gambar.orang sibok nak interview ko sibok nak amik gambar apehal??"

itu mungkin ok.aku tak kata mesti.mungkin..

ya.oleh sebab aku rasa tak sanggup nak tunggu dan dalam masa yang sama tak berapa konfiden nak dapat,jadi aku pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah.ceh!

setelah berfikir ape nak buat hari ni,(sebab dah bangun awal ok!,kalau tak aku mesti tak fikir),jadi keputusan sebulat suara,ye takkan sepetak suara pulak.aku nak pergi berjimba di OU.
sebelum tu aku temankan la kawan aku g TTDI,dia nak ke celcom centre.
buah langsat tak payah cakap ok.memang sentiasa asa kalau aku ni kemana mana sekitar KL ni.
sebab aku bukan orang sini.heh,hampeh.

oooooo....ko g OU tau plak jalan!
hahaha...

so,bila sampai OU aku pikir lagi nak buat ape ni?
maka aku pun berkata la kat kawan aku
"tgk wayang jum?"
"citer ni cam best" (sambil menunjuk ke arah skrin yang tengah tunjuk trailer citer tu)

ekceli,aku tak tau pun pasal citer tu.tapi tak tau la,cam tertarik.
hehehe..
citer ape?
citer ni la..Sell Out: Art is Hard.
damn best!gelak je kerjanya.
hehehe..cerita ni cerita cina malaysia.tapi cakap omputih la.
sikit sikit je cakap melayu.
so,sape sape yang rasa nak tgk muvie,pegi la tgk citer ni.
tak payah tengok Xmen tak besh..
hahaha..jahat tak aku?
sebab aku memang tak suka cerita macam tuh!

Love is Love..is not enything else..
hahah..aku dapat dari filem tu la.
so.cekidout okeh.
btw,nama heroin dia Rafflesia Pong.
ceh,pinjam nama aku tak bagtau.
hampeh la.
Oii Cik Dada...udah udah ler tuh perasan bebenor..
shuhh...pegi mandi!!!

No comments: