Apr 30, 2009

If I Were a Boy..

"if i were a boy i think i could understand how it feels to love a girl
id swear id be a better man
id listen to her cause i know
it hurts
when you loose the one u wanted
cause hes taken you for granted
and every thing you had got destroyed"

memang la,kaum perempuan selalu cakap..
kalau lah aku lelaki,aku takkan buat macam tu..takkan buat macam ni..
pendek kata semua tak nak buat apa yang kita rasa lelaki memang tak patut buat.
haih..apa la yang aku merepek ni.

tapi bila fikirkan balik,kalau lah semua orang taknak buat perkara yang sama,
memang takkan ada la insan yang bergelar lelaki dalam dunia ni.
semua jadi perempuan.
dan takkan ada la juga hati perempuan yang terluka.
Adat lah..Tuhan kan menciptakan manusia itu berpasangan.
Sesekali,tergigit lidah tu lumrah la.
kan?

hahaha..gila obses chenta romantik bagai.
padahal kerja banyak gila yang tak siap.
supposed hantar hari ni.
tapi aku masih terkial kial nak copy paste appendix.
copy dari yang sendiri buat okay~
tapi kalau siapa yang kenal aku mesti cakap..

"Cik Dada ni selalu je malas..bila la nak rajin"

know it guys!
ok la.
sekarang mahu rajin sudah.
nanti boss marah..
ecece...
buat kawan kawan yang dah habis praktikal dan sedang bersenang lenang update facebook,
selamat bergumbira!
nanti aku join korang ok!

daaaa~

Apr 28, 2009

Hujung Minggu II

walaupun hari ni dah hari selasa,
aku tetap nak ceritakan pasal hujung minggu yang lalu.
hiii....

hujung minggu 1 memang agak menyedihkan.
geram.marah.semua bercampur baur.
tapi hujung minggu II best.
sebab pergi tengok orang kahwin.
automatik rasa nak kawin jugak!

Siapa yang kahwin?
Kawan ofis.
Firmansyah Julius Syafri dan pasangannya,Ervina Abdullah.
Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Ok.jom mulakan pengembaraan..
mulanya,dari part sediakan hadiah.
al maklumlah,tarikh majlisnya 26hb April.
Memang tarikh betul betul tengah pokai,jadi tak boleh la nak plan bagi hadiah best best.
fikir punya fikir, dapat la idea.sebab pernah tertengok dari satu blog.
So, hadiah itu adalah..
jeng jeng jeng...hehe..Tongkat Ali dan Kacip Fatimah.
maaf lah Firman,memang out of budget...
tapi bila dah hias sikit2,hadiah tu ade la rupa sikit..
not bad la...
cehh..puji diri sendiri kan?


+amacam,ada ok+

ok bab hadiah.
pastu bila dah waktunya,kitorang pun pergi la majlis tu.
(kitorang sebab pegi ramai ramai dengan kawan2 ofis)
Aku,Sheera dan Ikin satu kereta.tapi 5 kereta semua yang pergi.
Bertolak pukul 12 dari Kepong,tapi punya la lambat.
singgah banyak tempat,tunggu orang lain jugak.
sempat jugak la snap gambar..
meneruskan perjalanan.rasa cam Batang Kali (tempat berlangsungnya majlis) tu jauh gila.
dah sejam tak sampai sampai. Since,kami bertiga memang tak tau jalan,ikut je kereta lain.
Rupa rupanya yang duk depan sekali pun tak tahu!
hahaa..sesat la..
patah balik, baru la jumpa jalan yang sepatutnya.
Sampai je rumah pengantin,kompang sedang rancak berbunyi.
wahh..rasa macam disambut pulak.
padahal rombangan pengantin lelaki baru sampai.
Jadi, keadaan agak kalut,ramai sangat orang yang sibuk nak tengok pengantin bersanding.
Kami pun tak termampu nak menyelit.
Sempat amik gambar sekeping dua,tu pun Firman malu malu kuda laut atas pelamin.
Ye la,pengantin baru katakan...



Kami makan..dan pulang..
tak sempat nak bergambar dengan pengantin.

Bila dah balik,perut kenyang..
apa lagi tido la...
(*_*)

Apr 26, 2009

Hujung Minggu 1

saja buat no 1
sebab weekend kan ada dua hari.
so ni cerita pasal hari sabtu.
yang menaikkan amarah..
sampai sekarang tak reda2..

semalam bola.
tu la yang kes nak bakar stadium bukit jalil tuh..
menyampah.sampai sekarang tak habis lagi.
kisahnya bermula bila Mr J yang dari Kelantan tu..
you know who u are~

pagi yang hening,lebih kurang 8.30pg
biasa lah,nama pun pagi hujung minggu (padahal sama je tiap tiap hari)
aku masih di tempat yang sangat best,tilam la..
tido,apa lagi kan.
telefon berbunyi,membingitkan telinga.

CD:hello
Mr J: hello,nak g tengok bola tak?
CD: Laa..nak datang ke?Buang tebiat ke?
Mr J: Memang pun..(sambil gelak gelak)
CD: Ok,tp tiket ada lagi ke?
Mr J: Nak try cari la ni..Ada baju merah tak?
CD: Takde..kena pakai baju merah ke.
Mr J: takkan nak beli,ada merah merah sikit pun tak takpe.
CD: Cuba la cari tiket dulu..
Mr J: Ok..

begitu lah lebih kurang perbualan aku ngan Mr J pagi tu.
Tak la exactly the same,tapi lebih kurang la.
punya lah bersemangat nak g tengok bola.
walaupun dah janji dengan housemate,
nak temankan dia pergi maxis centre untuk selesaikan hal maxis broadband dia.
Takpe la,then aku pergi la jugak temankan dia selesaikan hal maxis broadband dia,since berfikir kalau Mr J sampai pun mesti petang sebab dia dari Kota Bharu.

Ok,selesai bab tu.
petang memang dah standby,duk kat rumah je.
malas nak keluar pergi mana mana
takut pulak nanti Mr J sampai,susah kalau aku ada program lain.

Kul 4.30 petang, Mr J call.
Dia dah kat Setapak.
sakitnya hati.
Sepatutnya dia fetch aku dulu kat Kepong.
Memang nak cari gaduh ni.
Pastu boleh pulak dia cakap,aku tak payah pergi.
Lagi menambahkan nak cari gaduh.
Alasan dia, ramai sangat orang.Nanti berasak asak.
Dia takut..

takpe..boleh sabar lagi.
pastu dia call lagi bila dah sampai stadium bukit jalil.

Mr J: Takpe.nanti lepas bola abg pegi sana eh,kita g makan.
CD: ok..takpe..jangan tak datang sudah nanti
Mr J: datang,mesti datang

Makanya, malam tu aku menonton bola melalui TV je.
Dah la TV kat umah ni kecik.
Takpe la,janji boleh tgk.sambil menjerit bila suppose masuk gol,tapi tak masuk..
hahaha..(ini memang tak boleh elak)
;)

habis je bola,dan menerima kekalahan Kelantan (dalam hati tetap memuji)
aku pun tunggu la Mr J.
ye la,datang dari Kelantan.
Malam pun malam la.
tunggu jugak,as long as boleh jumpa walau sekejap.

tunggu punya tunggu,dah siap bagi landmark nak datang rumah,
tapi sesat pulak.
entah macam mana la.
agaknya dah rabun,malam malam bawak kereta jauh2.
tapi bila dah half an hour duk pusing pusing tak jumpa landmark yang sepatutnya,
dia call.
ni yang nak marah,dah bagi landmark tapi dia kat lain cakap kat situ
mana nak jumpa.
last,aku pun cakap la.

"balik je la,dah lewat.tak payah la datang"
"ok..takpe lah"

eeiiii...memang la nak marah.
lagi 10minit dia boleh sampai,dia cakap OK??

10minit selepas tu,
"dah kat atas highway karak"

yes..absolutely,memang aku patut bakar Stadium Bukit Jalil tu awal awal..
kan??

Apr 25, 2009

Sakit Hati..

sakit hati yang teramat la sangat..
rasa nak bom je stadium bukit jalil tu...
eeiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sorry...memang geram teramat sangat..
nanti ada masa aku ceritakan okay?
sekarang tak boleh..sebab geram yang tahap dewa bima sakti..
huh~!

Apr 22, 2009

Buah Hati Cik Dada

wahh.entri kali ni memang sedikit memalukan.
tapi saya rindu sangat sama dia.

S:siapa dia?
J:buah hati cik dada la...

S: ye la siapa namanya?

J:rahasia~
tettt...ada siapa yang tahu namanya?

hahaha..
sangat la poyo.

dia tak romantik.
dia juga bukan gentleman.
dia juga bukan seorang yang good-looking.
tapi saya senang dengannya..
kenapa?

1) sebab dia yang mampu buat saya ok,tanpa perlu mintak maaf bila dia yang buat salah.ini memang hampeh.
2) sebab dia selalu buat saya menangis..tp dia tak pernah pujuk saya..
3) sebab dia tak pernah bukakan pintu kereta untuk saya..
4) malah tak pernah nak angkut barang kuar kereta bila balik shopping!
sayang...u memang terlalu LELAKI!!!
5) sebab saya memang sayang dia..

siapa dia?
dialah lelaki itu~
semoga kami berkekalan..


exposed buat pertama kalinya..
serabai ok...tak potong rambut..
btw,gamba Cik Dada takde dalam figure ini..mane lagi,jadi camerawomen la...
dah la skill takde...
(*_*)


Cik Dada Whisper: MR.J dearie, if u are reading this,i just want u to know that ...
andalah lelaki itu!


Apr 19, 2009

Takde Facebook Tak Cool?

facebook.
saya mengenalinya selepas kehadiran friendster.
masa tu cam malas jugak r.rasa macam sangatlah complicated facebook tuh.
tapi sekarang rata rata semua dah ada facebook rite.
ramai orang sukekannye.its more fun..
tapi betulkah ade org cakap takde facebook tak cool?
tapi cam pelik,kawan di alam virtual ni kadang2 bukan kita kenal semua pon..
kadang2 macam wahh..ramainye kawan saya.
tapi yang kita bersapa sapaan cuma la sekerat dua saje.
macam terlebih glamer la plak..
add sana sini,tapi tak bertegur sapa pun.
saya la tuh~
jadi betul ke takde facebook tak cool..?
tsk.macam tak best kan cakap sape yang takde facebook tak cool..


habis,kalo mak saya takde facebook tak cool jugak ke?
tipu!!
sebab,mak saya orang paling cool tau!!


jadi,kepada sesiapa yang cakap takde facebook itu tak cool,
cepat betulkan kenyataan anda.
=)

btw,salah ke kalau saya buat kenyataan saya nak kawen bila dah dapat keje?
saya bukan menolak ketentuan Ilahi..cuma merancang..
jadi atau tak saya tak tahu..
;(

Apr 17, 2009

Oh Chentaku~

saje je nak letak tajuk camtu.
marah ke?
jangan marah ok.

hari ni bosan la.
sebab dah byk hari ponteng keje dan selalu duk rumah.
jadi bila hari cuti pun rase macam biasa biase saje.
tak tau nak buat ape.
sebetulnya ada kerja,tapi malas.
biase la.

erm,dah beberapa hari asyik sakit gigi.
memang la..kalo dah sakit gigi,semua pon sakit.
oleh kerana hari ni cuti,maksudnye weekends,
klinik gigi pon tutup.
amat payah mencarinya
ke farmasi beli pain killer,tapi masih tak hilang..
OMG!!bengkak.
damn,tak sedar bila muka dah herot sebelah.
agak takut.so, pergi ke farmasi lain.
dia bagi 3 jenis ubat..
Alhamdulillah,kurang dah sikit sakitnya..

Dalam pada sakit gigi,
sempat lagi la aku menerima pelawaan kawan tempat kerja (Jue dan Sheera) ke uptown..
heeee....
so,kitorang plan pegi Danau Kota.
biasanya jarak perjalanan hanya 15 minit dari rumah
tapi,terkejut gak,bila sampai simpang Mertu(MRR2) jem gila...
45 minutes kot stuck kat stu...
tapi oleh sebab dah tak boleh pusing balik,teruskan la jugak perjalanan..
bila sampai je simpang nak ke Batu Caves,baru la jem tu habis..
rupenya2 polis...eeeiiiii,memang menyusahkan
sampai je Uptown dah lewat..tpi biase la,
kalo dah hantu shopping..tetap hepi..
bila dah penat,tgk jam..
wah...dah kul 1 pagi..
patut la...
terus la decide untuk balik..
penat..
sangat penat...
sakit gigi + jalan2 = sangat penat...

itu saja laporan untuk hari ini..
=)

Apr 15, 2009

Kerja oh Kerja..

ada sape2 ada keje kosong x?
hiiii....

sakit jugak kepala bila fikir keje ape la yang boleh buat bila dah habis praktikal ni nnt.
dah pegi untuk beberapa interview,tapi macam tak best.
nak kerja yang kena dgn jiwa..
hahaha...
memilih kan?

btw,buat kawan2 yang dah keje,bg la tips skit camane nak dapat keje.
tak pon,patut tak saya sambung belajar je?
tapi nak yang tak payah loan..chewaaaaaaaaahhhhh....
memang terlebih sudah!!!!

Apr 6, 2009

Pesta Lampu

lama jugak tak update blog kan.. sangat la sibuk skrg..cess,poyo kan. entri kali ni saje nak kongsi pengalaman berpesta.. sangat menakjubkan.chewah.. tak la sgt,tapi pelik dan musykil jugak,ramai sangat orang yang meraikannya. pesta yang saya maksudkan ni bukan lah pesta betul.tapi orang ramai yang menjadikannya sebagai pesta. hihihi..pesta tu adalah "Pesta Tengok Lampu" pelik?tak lah.. hujung minggu baru ni, ke kelantan.saya juga adalah ribuan yang meraikan pesta tersebut. seperti yang saya cakap,bukan lah pesta sangat.tapi sempena meraikan Hari Keputeraan Sultan Kelantan(kalo tak silap),lampu2 yang berwarna warni dipasang seluruh bandar Kota Bharu.. All the family, kids especially excited,including me...Well,saya bersama Mr Jaha,including his anak sedara mara bersama2 memeriahkan lagi pesta tersebut.. =) hehehe...

dari pagi memang merancang untuk keluar tengok lampu pada malam itu.b
udak2 ape lagi, excited la..tapi disebabkan dari pagi asyik keluar bersuka ria,ada jugak yang dah tertido lebih awal..namun bila dikejutkan nak juga pergi.. Perjalanan dari Kota Bharu ke Kubang Kerian memang dilimpahi dengan lampu berwarna warni..kagum juga,dah seminggu melepasi hari keraian pon lampu masih dipasang..bila difikirkan balik memang membazirkan..tapi takpe lah..sebab chantek~!! Kami mula2 ke kawasan Istana Air Mata..lawa memang lawa,tapi suram skit sebab pokok2 banyak dihiasi lampu yang berwarna biru..sangat ramai juga org disitu..sempat snap satu dua gambar je,kami mengambil keputusan untuk ke Taman Indera. Sepanjang perjalanan ke Taman Indera,memang ada banyak pintu gerbang yang dihiasi lampu berwarna warni..Omg,setiap pintu gerbang berhenti untuk ambil gamba..hehehe...memang keje yang tak pernah dibuat..sampai naik penat turun naik kete..tapi takpe lah,kenangan...rite?


+kemeriahan pesta lampu+

+salah satu pintu gerbang yang kami singgah untuk bergambar+


Sampai di Taman Indera, memang ramai orang..tapi menurut Mr Jaha,takla ramai sgt berbanding hari jumaat,dimana kami pergi hari sabtu malam ahad..mungkin esok merupakan hari persekolahan yang menyebabkan orang agak tak ramai... Sebernarnya takde ape pon,tapi pelik kenapa ramai sgt tgk lampu..siap ada yang berniaga lagi..memang kaut untung lah tu.. amik gambar(memang menu wajib agaknya),pastu relaks minum air...then kami balik.. befire balik sempat jugak lah budak2 tu merembat belon kegemaran masing2..sebelum ni belon2 tu dijual dengan harga RM5 setiap satu..malam tu tak tahu kenapa,kami berjaya mendapatkannya dengan harga RM5 untuk 4 belon... hihihi....bila balik semua dah penat..masing2 tertido dari dalam kereta lagi...=)


+Ku Ah yang hepi dengan belon biri birinya..she is cute rite?+


+the kids enjoys the lite carnival+

Apr 1, 2009

My Blogshope...

hi...just nak promo...
hehehe...lawatlah blogshope saya...
The Ladies Shop..mana tau ada pape yang berkenan dan nak terbeli...
hihihi....
("_)....

rewrite...
huhuhu..salah eja before tu ghupenya...
huhuhu..maluuuu...
(*_*)