Apr 28, 2009

Hujung Minggu II

walaupun hari ni dah hari selasa,
aku tetap nak ceritakan pasal hujung minggu yang lalu.
hiii....

hujung minggu 1 memang agak menyedihkan.
geram.marah.semua bercampur baur.
tapi hujung minggu II best.
sebab pergi tengok orang kahwin.
automatik rasa nak kawin jugak!

Siapa yang kahwin?
Kawan ofis.
Firmansyah Julius Syafri dan pasangannya,Ervina Abdullah.
Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Ok.jom mulakan pengembaraan..
mulanya,dari part sediakan hadiah.
al maklumlah,tarikh majlisnya 26hb April.
Memang tarikh betul betul tengah pokai,jadi tak boleh la nak plan bagi hadiah best best.
fikir punya fikir, dapat la idea.sebab pernah tertengok dari satu blog.
So, hadiah itu adalah..
jeng jeng jeng...hehe..Tongkat Ali dan Kacip Fatimah.
maaf lah Firman,memang out of budget...
tapi bila dah hias sikit2,hadiah tu ade la rupa sikit..
not bad la...
cehh..puji diri sendiri kan?


+amacam,ada ok+

ok bab hadiah.
pastu bila dah waktunya,kitorang pun pergi la majlis tu.
(kitorang sebab pegi ramai ramai dengan kawan2 ofis)
Aku,Sheera dan Ikin satu kereta.tapi 5 kereta semua yang pergi.
Bertolak pukul 12 dari Kepong,tapi punya la lambat.
singgah banyak tempat,tunggu orang lain jugak.
sempat jugak la snap gambar..
meneruskan perjalanan.rasa cam Batang Kali (tempat berlangsungnya majlis) tu jauh gila.
dah sejam tak sampai sampai. Since,kami bertiga memang tak tau jalan,ikut je kereta lain.
Rupa rupanya yang duk depan sekali pun tak tahu!
hahaa..sesat la..
patah balik, baru la jumpa jalan yang sepatutnya.
Sampai je rumah pengantin,kompang sedang rancak berbunyi.
wahh..rasa macam disambut pulak.
padahal rombangan pengantin lelaki baru sampai.
Jadi, keadaan agak kalut,ramai sangat orang yang sibuk nak tengok pengantin bersanding.
Kami pun tak termampu nak menyelit.
Sempat amik gambar sekeping dua,tu pun Firman malu malu kuda laut atas pelamin.
Ye la,pengantin baru katakan...



Kami makan..dan pulang..
tak sempat nak bergambar dengan pengantin.

Bila dah balik,perut kenyang..
apa lagi tido la...
(*_*)

4 comments:

nadxoxo said...

cik dada bila nak beratur amik turn ni? ehehe

Cik Dada said...

tu kena tanya Mr J la nad...
hehehe...

Cik Kmar said...

ahahaha. MR j ckp nak thn ni jgk kn. fully booked sudah thn ni. :-p

Cik Dada said...

cehh..
mane kmar tau ni?
(*_*)